Siakap Keli
Kredit: Twitter Hishammuddin Hussein

(Video) Didakwa Langgar SOP, Hishammuddin Mengaku Salah

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein reda dikenakan kompaun kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam program pelancaran Briged MIC Johor semalam.

Beliau yang juga merupakan Bendahari Barisan Nasional (BN) menegaskan akan berdepan dan bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukannya itu.

“Saya terima dan saya akui sememangnya terdapat kelemahan dalam pematuhan SOP terutama di majlis pelancaran tadi.

“Bagaimanapun, salah tetap salah. Tiada sesiapa yang harus terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang, termasuk diri saya sendiri.

“Ini merupakan pengajaran kepada semua untuk meningkatkan lagi pematuhan SOP terutama sepanjang musim #PRNJohor ini,” katanya semalam.

Sementara itu di Twitter, beliau sekali lagi menegaskan bahawa dirinya sedia menerima ‘akibat’ ekoran tindakan perlanggaran SOP tersebut.

“Saya hadir sebagai tetamu dan saya terima, memang ada kelemahan dalam pematuhan SOP tadi. Tapi, salah tetap salah.

“No one is above the law, including myself. This should be a lesson for us all,” katanya di Twitter semalam.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengarahkan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengeluarkan kompaun kepada seorang menteri dan beberapa ahli politik yang didakwa terlibat dalam sebuah himpunan politik.

Sumber: DS Hishammuddin Hussein

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.