Siakap Keli
Kredit: Kompas.com

3 Hari Mak Call Tak Angkat, Rupanya Mati Di Bilik Air

Di Indonesia, seorang lelaki ditemui meninggal dunia seorang diri di kamar mandi di sebuah rumah di Cluster Sutra Pesona, Kota Bekasi, Indonesia Isnin yang lalu, lapor Kompas.com.

“Mangsa ditemui di dalam bilik air rumahnya selepas tiga hari tidak memberi khabar kepada keluarganya di kampung,” kata Erna Ruswing Andari, Ketua Polis Bahagian Perhubungan Awam.

Menurut Erna melalui Kompas.com, saksi yang bernama Abdul Korim pada awalnya disuruh oleh ibu mangsa untuk mencari tahu khabar anaknya kerana sudah tiga hari tidak menjawab panggilan ibunya.

“Saksi kemudian cuba memanggil mangsa dari luar rumah namun tidak ada jawapan atau sahutan dari dalam.

“Oleh itu, dengan izin pihak keluarga, saksi tersebut masuk ke dalam rumah untuk melakukan pemeriksaan,” tulis Kompas.com.

Setelah masuk ke dalam rumah, dia terus memeriksa rumah tersebut di tingkat dua dan menyedari bahawa pintu bilik air tersebut masih berkunci. Jadi, dia membuka pintu tersebut secara paksa.

“Sebaik sahaja pintu terbuka, dia melihat mangsa sudah meninggal dunia dalam keadaan terbaring di sebelah almari,” kata Erna.

Seterusnya jenazah di bawa ke hospital untuk bedah siasat.

“Mangsa disyaki meninggal dunia secara mengejut kerana tiada kesan kecedaraan pada bahagian tubuh mangsa,” tambah Erna.

Sumber: Kompas.com

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.