Siakap Keli
Gambar hiasan via Xinhuanet

Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Di Hampir Seluruh Negara Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat yang dijangka membadai beberapa buah negeri sehingga malam ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 8:45 malam tadi menunjukkan terdapat 13 buah negeri dan beberapa kawasan yang dijangka terlibat.

Bagi negeri yang terlibat sehingga jam 10:00 malam ini ialah seluruh negeri Perlis, Kedah di kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu dan Pulau Pinang. Bagi negeri Perak pula di kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Beralih ke Pantai Timur pula, Kelantan di kawasan Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang manakala Terengganu di kawasan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Selain itu, hujan lebat dijangka melanda negeri Selangor di kawasan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Manakala Negeri Sembilan pula di kawasan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. Di Johor, kawasan yang dijangka dilanda hujan lebat ialah Segamat.

Seterusnya Sarawak, di kawasan Miri (Miri dan Marudi) manakala negeri Sabah pula di kawasan pedalaman seperti Sipitang, Kuala penyu dan Beaufort, dan Pantai Barat (Papar) serta seluruh WP Labuan.

Manakala, negeri yang terlibat sehingga 11:oo malam pula ialah negeri Perak, iaitu di kawasan Hulu Perak dan bagi negeri Pahang pula, di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan.

Penduduk di negeri dan kawasan yang dijangka terlibat, anda dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.