Pengalaman mencari pekerjaan tidak sama bagi semua orang. Manakan tidak, ada yang terpaksa menghadiri berpuluh-puluh temuduga sebelum mendapat pekerjaan yang sesuai. Manakala, ada juga yang terus mendapat pekerjaan tanpa perlu melalui proses yang panjang.
Apa pun bagi yang sedang mencari pekerjaan terutamanya golongan graduan, lakukanlah persiapan dengan baik agar majikan akan tertarik dan berminat untuk memberikan jawatan yang ditawarkan.
Bukan sahaja kelulusan akademik, tetapi semua perkara perlu diberikan perhatian termasuk kemahiran berkomunikasi dengan penemuduga, pakaian yang kemas, resume yang lengkap dan penyusunan fail yang betul.
Tetapi, pasti ada yang masih tidak sedar bahawa cara penyusunan fail yang dibawa ketika temuduga juga memainkan peranan penting untuk menarik perhatian majikan.
Jadi, macam mana cara nak susun fail dengan betul dan lengkap? Jom ikuti perkongsian pengguna Twitter menerusi akaun @YasminHidayah17 di bawah ini.
Cara penyusunan fail untuk interview:
1) Mesti guna Fail Clear Holder ataupun Ring File.
2) Buat Isi Kandungan
Capital letter and boldkan isi kandungan utama.
3) Maklumat Temuduga
Print surat temuduga atau email yang korang dapat.
4) Maklumat Diri (Resume)
Resume seeloknya dalam satu muka surat dan berwarna untuk nampak lebih menarik. But make sure jangan melebihi tiga warna.
5) Maklumat Pengenalan Diri
Macam yang korang nampak dalam point kedua, maklumat pengenalan diri tu termasuk IC, Surat Gambar Passport dan Surat Beranak. Letak yang ORIGINAL punya, bukan yang diprint ataupun photostat.
6) Maklumat Pendidikan.
Okay dekat sini korang letak korang punya result PMR, Ujian Lisan BM & BI masa PMR, the follow dengan result SPM, Ujian Lisan BM & BI masa SPM lastly Sijil Berhenti Sekolah.
7) Sijil Akademik (Skrol & Transkrip)
Dekat sini korang letak korang punya skrol dan transkrip masa Diploma dan Degree. Ingat oldest to latest, so start dengan Diploma dulu then degree.
8) Surat Kelayakan MQA
Ok, part ni if korang ada surat tu korang boleh letakkan sekali dalam fail.
9) Sijil Anugerah Pencapaian
Ha ni bahagian dimana korang boleh letak Surat Perlantikan sebagai MPP ataupun Dean List Award yang korang pernah dapat.
10) Sijil Penglibatan
Ok last sekali sijil-sijil penglibatan. Letak je sijil yang korang pernah dapat masa join apa-apa aktiviti dulu. Mulakan dengan sijil masa korang kat IPT, masa kerja (kalau ada) dan masa sekolah (sekolah menengah sahaja).
Mudah saja bukan? Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada korang yang sedang dalam proses untuk menghadiri temuduga. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Sumber: YasminHidayah17