Siakap Keli
Sumber: Liputan 6

Lebih 70 Juta Terkorban, Ini 6 Perang Paling ‘Berdarah’ Dalam Sejarah Dunia

Peperangan adalah sebuah mimpi ngeri kepada manusia, lagi-lagi rakyat biasa seperti kita yang tidak mempunyai apa-apa senjata canggih ini. Peperangan dasyat yang menimpa nenek moyang kita dulu sudah pun lama berakhir.

Namun kini, dunia digemparkan dengan krisis di antara dua buah negara iaitu Ukraine dan Russia yang dipercayai sedang bertelagah dan bersiap sedia untuk memulakan perang.

Seperti yang kita tahu, peperangan pastinya akan berakhir dengan tragedi berdarah. Ramai yang akan terkorban dalam setiap peperangan yang berlaku.

Hari ini, Siakap Keli ingin kongsikan enam peristiwa perang yang dasyat hingga mengorbankan ribuan nyawa manusia.

1. Perang Dunia I

Kredit: Liputan 6

Bermula di Eropah. peperangan ini mengambil masa selama lebih kurang empat tahun sahaja untuk dileraikan dari tahun 1924 hinggalah 1918. Tapi, zaman tersebut mencatat kadar kematian dan kemusnahan yang tidak boleh dibayangkan.

Merujuk artikel terbitan Liputan 6, Archduke Franz Ferdinand yang telah dibunuh mencetuskan beberapa siri peristiwa besar seluruh dunia.

Jerman merupakan tunjang utama bagi peperangan itu dan sekutunya seperti Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat mengangkat senjata menentang Eropah.

Laut dan udara menjadi medan perang utama yang sebelum itu belum pernah berlaku dalam sejarah peperangan manusia. Senapang dan artileri yang memudahakan pembunuhan pihak lawan dengan cekap dan pantas.

Oleh sebab itulah, kemenangan berpihak kepada mereka yang mnyebabkan Jerman menyerah diri pada tahun 1918. 18 juta orang diseluruh dunia kehilangan nyawa menerusi perang ini.

2. Pemberontakan Taiping

Kredit: Liputan 6

Salah satu perang yang mengambil masa yang agak lama berlaku di China. Difahamkan peperangan ini bermula pada tahun 1850 hingga 1864 dari pemberontak dinasti Qing. Dikatakan Qing adalah sebuah kumpulan pemuja yang digelar God Worshiping Society yang memegang isu ekonomi sekitar.

Menurut Liputan 6, pemberontakan itu telah menyebabkan kumpulan tersebut berjaya menawan bandar utama Nanjing selama lebih sedekad. Ketua pemberontakan itu, Hong Xiuquan meluaskan lagi pengaruhnya ke seluruh China.

Pada awalnya, kumpulan pemberontak ini terlihat teratur dengan senjata dan berjaya mengalahkan pihak lawan di beberapa buah bandar dan pengepungan Nanjing telah menjadi titik tertinggi perjuangan mereka.

Namun, tidak lama setelah Eropah menjalinkan hubungan dengan Qing, kemenangannya yang dianggan ‘permulaan’ itu berakhir dan Hong ditemui mati pada tahun 1864. Peperangan tersebut telah meragut sekurang-kurangnya 20 juta nyawa.

3. Penaklukan Dinasti Qing

Kredit: Liputan 6

Dinasti Ming di China telah memerintah dari tahun 1368 hingga 1644, tempoh yang telah merangkumi Tembok Besar dibina, tuangan logam pertama dan pembinaan Kota Larangan yang terkenal.

Memetik Liputan 6, pada tahun 1618, pemberontakan terhadap Imperial China bermula dan telah menggulingkan dinasti Ming sepenuhnya. Pada tahun 1635, Hong Taiji, pemimpin dinasti Qing telah menobatkan dirinya sebagai maharaja China.

Dikatakan juga, gerakan pemberontak telah menarik perhatian hingga ke ibu kota Beijing dan akhirnya diambil alih pada tahun 1644. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 40 tahun pertumpahan darah berlaku sebelum dinasti Qing berjaya mengambil alih.

Ketika itu, lebih kurang 25 juta rakyat dikhabarkan kehilangan nyawa.

4. Perang Sino-Jepun II

Kredit: Liputan 6

Perang ini dikatakan berlaku seiring dengan Perang Dunia II, perang antara China-Jepun ini telah berlaku pada tahun 1937 hingga 1945. Walaupun pada mulanya konflik tersebut terpisah yang akhirnya ia mencetuskan Perang Dunia II hingga ada campur tangan negara luar yang memihak kepada salah satunya.

Merujuk Liputan 6, peperangan ini difahamkan berpunca daripada dasar imperialis Jepun. Apabila Jepun mengebom pangkalan AS di Pearl Harbor pada tahun 1941, Amerika datang membantu China dan mula mengubah arus konflik China-Jepun.

Namun, peperangan ini tidak mendapat perhatian oleh kerana pertempuran Alilied dan Axis lebih menonojol dalam buku sejarah.

Setelah Amerika Syarikat mengebom Jepun pada tahun 1945, hal itu berjaya menamatkan babak perang Pasifik itu dan juga perang China-Jepun II.

Berikuta perang ini, seramai 10 hingga 25 juta orang awam telah kehilangan nyawa.

5. Penaklukan Sepanyol ke atas Amerika

Kredit: Liputan 6

Ketika Christopher Columbus menjelajah menggunakan jalan air pada tahun 1492, terdapat seramai 60 juta tersebar di seluruh Amerika Utara dan Selatan. Kemudian orang Eropah menjajah dengan membawa penyakit, perhambaan dan bunuh membunuh hingga menyebabkan populasi berkurang kepada 4 juta penduduk.

Difahamkan, ia merangkumi sebanyak 90 peratus penduduk asli hingga pmnyebabkan suku kaum tradisional di sana mengalami kepupusan.

Dipercayai kemasukan orang Eropah ke Amerika Syarikat telah membunuh ramai orang dengan begitu cepat hingga suhu global pun turut menurun semasa tahun 1600-an.

Menurut Liputan 6, terdapat begitu banyak tanah pertanian yang masih belum disentuh oleh penduduk asli sehingga alam semulajadi mengambil alih. Difahamkan, tumbuhan semula jadi itu telah memakan semua CO2 (karbon dioksida) yang menyebabka udara menjadi lebih panas.

6. Perang Dunia II

Kredit: Liputan 6

Perang ini berlaku di seluruh pelusuk dunia diantara kuasa paksi Nazi Jerman dan sekutu Soviet-Barat melibatkan lebih 30 buah negara terlibat dengan konflik tersebut.

Menerokai artikel Liputan 6, Soviet mencatatkan angka paling tinggi di anatara negara yang lain. Seramai 20 juta orang kehilangan nyawa dan sebahagian darinya adalah orang awam.

Manakala, Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kematian paling sedikit kira-kira setengah juta sahaja. Menerusi perang ini, tidak boleh dilupakan adalah peristiwa Holocaust yang meragut lebih 13 juta manusia terbunuh.

Menurut beberapa laporan, terdapat 70 juta kematian dan 50 darinya adalah daripada orang-orang awam.

Sumber: Liputan 6

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.