Siakap Keli
Gambar Via Suara.com

Lelaki Berang Tak Dapat RM5, Didakwa Tergamak Baling Telefon Pada Wajah Ibu Kandung Hingga Berdarah

Gara-gara tidak mendapatkan wang yang diinginkan, seorang lelaki didakwa tergamak mencederakan ibu kandungnya sendiri dengan menggunakan telefon bimbit dalam kejadian yang berlaku di Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia, semalam.

Memetik laporan portal tempatan, suara.com, tindakan lelaki itu telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan warganet selepas video mangsa yang cedera di dahi tular.

Menerusi video itu, mangsa yang berusia 61 tahun mengalami pendarahan di bahagian wajahnya selepas didakwa dilempar telefon bimbit oleh anaknya.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di kawasan Masjid Hikmah Al Masturo itu bermula apabila anaknya datang meminta wang oleh wanita itu yang dikatakan bekerja sebagai penjaga masjid.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, suspek sebelum itu telah mencari mangsa di masjid tetapi tidak menjumpainya. Dia akhirnya pulang dan tidak lama kemudian kembali semula ke masjid dan bertemu mangsa.

Suspek yang sangat beremosi ketika itu dikatakan mengamuk serta memaki ibunya di hadapan orang ramai. Saksi yang melihat situasi itu kemudiannya menegur suspek yang dirasakan sangat biadab, namun teguran itu tidak diendahkan.

Sebaliknya, suspek terus meminta wang kepada mangsa sebanyak Rp 20 ribu (RM5.87). Mangsa  memberitahu tidak mempunyai wang lalu membuatkan suspek berang dan membaling telefon bimbit ke wajah ibunya itu sehingga berdarah.

Akibat dari tindakan itu, dahi mangsa dilaporkan telah terkoyak sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak.

Saksi telah membawa wanita itu ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan merakam wajah mangsa untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Dia juga telah membawa mangsa membuat laporan di pejabat polis daerah Sunggal.

Video itu sangat menyayat hati kerana mangsa dilihat hanya mampu menangis dan menahan kesakitan sambil darah menitik dari dahinya.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai penahanan suspek tidak diketahui.

Sumber: Suara.com

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.