Siakap Keli
Kredit: Princeton University

“Jika Mangsa Tersepit Dalam Kenderaan, Jangan…” Ikut 4 Cara Ini Bantu Orang ‘Accident’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kemalangan sering saja berlaku di negara kita yang menyebabkan kecederaan ringan, parah dan lebih menyayat hati ada yang hilang nyawa.

Kita dapat lihat, ia kerap berlaku pada musim-musim perayaan. Manakan tidak, ketika itulah orang keluar rumah untuk melakukan adat ziarah menziarah.

Namun, ketika kemalangan berlaku di depan mata kita, apa yang kita perlu buat? Adakah kita kena tengok saja? Atau sebenarnya kita nak bantu tapi tidak tahu caranya?

Menjawab persoalan ini, Siakap Keli sertakan jawapan persoalan ini yang dipetik dari kicauan bebenang dari MedTweetMY Official.

Step mengikut turutan membantu mangsa kemalangan jalan raya

Rakyat Malaysia ini prihatin. Selalu ingin membantu ketika berlaku kemalangan jalan raya. Namun ada perkara yang perlu berhati-hati ketika membantu mangsa:

1. Cara mengalihkan mangsa, pastikan leher, tulang belakang, tulang punggul & kaki selari. 

2. Jika ingin membantu mencabut topi keledar mangsa, cuba pastikan tengkuk mangsa tidak bergerak/teralih. Perlu 2 orang untuk melakukan hal ini. Putar helmet pada paksi, sebelum menariknya keluar.

3. Jika ada pendarahan yang jelas kelihatan, balut & tekan (compress) menggunakan kain yang bersih. Jerut (tourniquet) di atas anggota yang luka jika luka itu memancut-mancut & tidak berkurang dengan tekan. Mangsa mungkin pucat & peluh sejuk.

4. Jika mangsa tersepit dalam kenderaan, jangan alihkan mangsa. Tunggu bantuan kecemasan tiba.

Ada kepentingan peti pertolongan cemas di dalam kereta. Ia ada alatan untuk membantu mengurangkan pendarahan. Laporkan kemalangan ke 999 segera. Bagi bantuan apa yang termampu. Adakala, tidak melakukan apa-apa kurang menyebabkan lebih mudarat.

Sumber: MedTweetMY Official

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.