Siakap Keli
Gambar: Facebook Veera Saravanan (MAHN)

Kadang Terbeli Yang Pedas Sangat, Ini Tips Nak Beli Cili Kering Pedas ‘Giler’, Biasa & Kurang Pedas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ada di antara kita  terutama sekali para suami yang rasa semua jenis cili kering sama sahaja.

Tetapi sebenarnya, kalau anda nak tahu cili kering ini ada pelbagai jenis. Sebab itu kadang-kadang ada sesetengah cili kering yang kita beli kita akan rasa pedas, ada sesetengah tidak pedas sangat begitu jugalah dengan cili boh atau kisar kerana cili tersebut di kisar daripada cili kering.

Oleh sebab itu jika anda ingin membeli cili kering anda perlu membuat sedikit ‘reseacrh’ supaya tidak tersalah beli cili kering mengikut kesesuain tahap kepedasan masing-masing.

Oleh itu, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan pemilihan cili kering yang bertetapatan dengan cita rasa masing-masing, anda boleh ikuti perkongsian yang dikongsikan di laman Facebook Veera Saravan di Masak Apa Hari Ini.

Kenali cili kering.

Cili kering ni banyak jenis jenis ye. Boi pun baru mula kaji mende ni semua selepas menceburi bidang membuat serbuk rempah kari home made.
Secara lazimnya cili kering dibahagikan kepada tiga kategori.
-Pedas giler
-Pedas biasa
-Kurang pedas (Pedas manja)
Masing masing ada karekter, rasa dan kegunaanya masing masing. Boi ada ceritakan sedikit dalam gambar cili ni semua. Bukan la expert mana, tapi nak kongsi pengalaman dan pengetahuan dengan ahli group.

Boi selalunya beli stock dari kedai Borong di Brickfields atau kadang dari Shoppee je terus.

Gambar: Facebook Veera Saravanan

Cili kering pedas. Kecil dan berkedut sedikit. Memang pedas berdesing cili ni. Agak agak bila nak pakai tu. Geng gastric boleh lupakan saja terus. Yang ni dari India biasanya.

Gambar: Facebook Veera Saravanan

Cili kering biasa. Cili Byadagi nama dia. Dari India jugak. Berkedut dan panjang. Merah pekat sedikit. Pedas boleh la tahan. Kalau yang jenis yang sos cili nasi ayam pun tak makan. Cili kering ni dah kira pedas.

Gambar: Facebook Veera Saravanan

Ni cili kering Salem guntur. India mari punya. Digunakan dalam masakan India secara lazimnya. Pedas bukan la sangat. Tapi harum dan mempunyai rasa yang sedap.

Gambar: Facebook Veera Saravanan

Ni cili kering Yidu. Made in China. Langsung tak pedas. Cantik kaler, besor dan takde kedut. Badan macam pelestik sikit. Mahal sikit dari cili biasa. Tapi buat sambal memang cantik. Selalu saya campur dengan cili Byadgi tadi.

Gambar: Facebook Veera Saravanan

Ni cili kering Kashmiri. Kaler yang merah pekat dan cantik sekali. Memang payah nak jumpa kat Malaysia. Selalu kat Malaysia jumpa yang bentuk serbuk saja. Pakai buat Tandoori memang cantik kaler dia. Tak pedas.

Sumber: Facebook Masak Apa Hari Ini (Veera Saravanan)

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.