Kerajaan Korea dilapor telah mula memberikan dos keempat vaksin Covid-19 kepada 1.8 juta penduduknya bermula pada Isnin, lapor Korea Bio Med.
“Mulai hari ini, kami tawarkan dos keempat kepada mereka yang mempunyai tahap imunisasi yang lemah atau ada mengambil imunosupresan,” kata pegawai vaksinasi mereka.
Menurut Korea Bio Med, pihak berkuasa juga akan memberi dos keempat itu kepada kira-kira 500,000 kakitangan hospital mulai minggu pertama bulan hadapan.
Mereka boleh ambil dos keempat itu sebaik saja selepas 120 hari menerima dos ketiga.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berada di hospital sama ada pesakit atau kakitangan yang berada dalam kelompok yang berisiko tinggi dijangkiti, mereka boleh mula ambil suntikan tersebut setelah 90 hari.
“Keputusan memberikan suntikan keempat ini adalah untuk meminimumkan jumlah kes kematian dan mengalami simptom yang teruk dikala gelombang Omicron ini sedang melanda,” katanya lagi.
Dalam sidang akbar menerusi Korea Bio Med, etua pegawai pusat kuarantin, Jung Eun-kyoung menafikan kemungkinan untuk tidak memberikan dos keempat kepada orang awam.
“Kami tidak mempertimbangkan dos keempat ini kepada orang biasa, termasuk pekerja perubatan yang merawat pasakit Covid-19 berumur 60 tahun ke atas.
“Kami juga tidak mengaitkan dos keempat ini dengan pas vaksin kerana ianya khas kepada mereka yang mempunyai tahap imunisasi yang rendah,” katanya.
Sumber: Korea Biomedical Review