Walaupun sudah masuk tahun 2022, ternyata masih ramai antara anda yang tidak tahu apa itu lantai jenis Epoxy. Bukan apa, biasanya istilah epoxy ini digunakan dalam bidang pembinaan.
Epoxy ini sebenarnya digunakan untuk membuat lapisan pada lantai agar kelihatan lebih berkilat. Dengan lapisan epoxy lantai anda akan lebih cerah dan berkilat.
Bagi anda yang gemarkan interior rumah terlihat lebih cantik, anda boleh menggunakan material ini untuk lantai anda.
Oleh itu, anda bolehlah ikuti perkongsian daripada seorang warga Group Facebook Tukang Apa Hari ini Wan Amirul Proas. Dia ada berkongsikan gambar selepas lantai epoxy ini siap. Lantai yang dihasilkan dia kelihatan sangat berkilat dan cantik.
Bermula Dari Lantai Di Kilang, Kini Lantai Epoxy Juga Sesuai Digunakan Untuk Lantai Rumah
Menurut Wan Amirul, dia dalam proses untuk branding produk epoxy lantainya. Usahanya untuk branding produk itu akan dijalankan sebaik sahaja urusan kilang dan beberapa urusan lain selesai.
“Saya dalam proses branding kan product epoxy lantai saya pada tahun ini apabila kilang dan lain-lain semua complete.
Katanya, tempoh masa untuk menyiapkan lantai epoxy ini adalah selama tiga hari.
“Keseluruhan lantai ini disiapkan dalam masa tiga hari.
Tambahnya, kawasan hitam lantai itu adalah di bahagian dapur dan ruang tamu. Malah dia juga ada buat beberapa jenis lantai yang lain.
“Untuk kawasan hitam itu adalah di bahagian dapur dan hall saya ada buat jenis-jenis lain.
Bagi menghasilkan lantai epoxy ini, jumlah kos yang diperlukan hampir-hampir Rm10,500. Jumlah ini melibatkan ruangan di dapur dan juga ruang tamu.
“Total keseluruhan untuk projek ini yang melibatkan kitchen dan hall adalah sebanyak RM10,500.
Apa yang menarik, harga itu bukanlah harga yang melibatkan peralatan semata-mata. Malah termasuk dengan kos pengangkutan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.
“Harga termasuk mobilization dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang,” jelas Wan Amirul.

Kelebihan lantai epoxy
Pemilik akaun turut berkongsikan beberapa kelebihan menggunakan lantai jenis epoxy ini. Menurutnya lantai epoxy ini sebenarnya bermula dari lantai di kilang-kiling. Dalam hanya dua hingga tiga tahun kemudian lantai epoxy ini dilihat sudah masuk ke dalam market untuk kediaman atau commercial.
Difahamkan, kebanyakan orang memilih lantai epoxy ini kerana ia boleh menjaga concrete asal. Selain daripada memberikan effect kilat pada lantai, lantai epoxy ini juga lebih bersih kerana ia lebih kuat jika dibandingkan dengan lantai yang lain.
“Teknologi lantai epoxy sebenarnya bermula dari lantai di kilang-kilang.
“Dalam 2-3 tahun ke belakang ni lantai epoxy sudah masuk ke dalam market residential /commercial,” kata Wan Amirul.
“Kelebihan lantai epoxy ni menjaga concrete asal, sebab lebih bersih dan lebih kuat,” tambahnya.
Siap boleh selfie atas lantai
Selesai sahaja bertukang, pemilik siap selfie di atas lantai Self Leveling Epoxy hitam.
Tukang cat lantai: Dah siap kerja kami pun berselfie di atas lantai Self Leveling Epoxy hitam yang sangat berkilat.





Sumber: YT Pro Applications Services, Wan Amirul Proas melalui FB Tukang Apa Hari Ini