Bagi mereka yang menggemari sukan lasak mendaki atau berkhemah, beg sandang adalah benda yang asas dan wajib ada. Seperti yang kita tahu, beg sandang juga mempunyai banyak jenis dari murah hinggalah yang mahal.
Sudah pasti yang agak mahal sedikit berbeza dengan yang sedikit murah. Boleh ikut bajet masing-masing. Selain itu, ia juga mempunyai banyak jenama dan pelbagai reka bentuk tersendiri.
Korang mesti familiar dengan water proof dan juga water resistant? Tapi pernah tak korang ambil tahu apa beza kedua-dua jenis ini?
Jika tidak, hari ini kami sertakan perkongsian dari pengguna Twitter Abbas He. Beliau kongsikan juga kelebihan dan kekurangan antara dua jenis beg ini.
Ikuti perkongsian di bawah, semoga bermanfaat.
Water Proof VS Water Resist.
Apa beza? Mana satu lagi bagus?
Tulisan aku ni berdasarkan pembacaan dan pengalaman aku selama berkecimpung dalam bidang beg. Kalau ada tersalah, boleh betulkan.
WATER RESISTANT
Secara asas, water resistant ni bermaksud tahan air. Maksudnya, barangan tersebut tahan air PADA kadar tertentu. Bila lebih dari kadar yang produk tu mampu tahan, produk tersebut masih akan rosak/basah/masuk air.
Untuk beg. Water resistant ni bermaksud beg tersebut menggunakan fabric yang boleh resist air pada kadar tertentu. Namun, jika direndam, beg tersebut masih akan masuk air.(Tak boleh rendam)
Beg water resist ni selalunya dibina menggunakan material yang waterproof atau ada coating waterproof/water resistant. Pelik kan? Kenapa buat beg pakai material water proof. Tapi beg tak sampai ke tahap waterproof.
Sebabnya, material waterproof saja tak cukup untuk menjadikan beg tu waterproof. Selain fabric, cara penghasilan beg jugak penting untuk memastikan beg tu betul2 waterproof.
Aku bagi sedikit tips, kalau beg tu berjahit, memang komfem2 dia tak akan jadi waterproof. Pakai p lah material apa sekali pun. Sebabnya, air still dapat masuk melalui lubang2 jahitan sekiranya beg tersebut direndam dalam air.
WATER PROOF
Secara asas, water proof bermaksud produk tersebut memang kalis air. Kena p lah air macam mana pun, produk tersebut tidak akan rosak. Produk yg waterproof ni boleh direndam di dalam air.
Namun, selalunya pengeluar akan letakkan limit berapa meter kedalaman air untuk produk tu mampu tahan. Sebabnya, bila terlalu dalam, air akan masuk ke dalam produk disebabkan faktor tekanan. Bukan kerana produk tu tak waterproof.
Untuk beg, ia dikira waterproof sekiranya kita boleh rendam dalam air dan bila kita bawa keluar dari air. Barang dekat dalam kekal kering. Beg yang waterproof mesti dibina dengan material yang waterproof SERTA cara pembinaan yang betul supaya air tak dapat masuk.
Selalunya kilang akan pakai RF welding untuk sambungkan fabric bag. Dengan ni, memang tak akan ada ruang untuk air masuk pada bahagian sambungan fabric tu.
Beg jenis ni paling mudah hangpa nak kenal adalah, bila ditutup, udara dari dalam beg pun tak dapat keluar. Selalunya beg macam ni akan pakai rolltop atau seal.


Jadi, mana satu yang lagi bagus? Water proof atau water resist? Jawapannya adalah ikut kegunaan hangpa. Aku bagi pros & cons dibawah supaya hangpa senang nak buat decision sebelum membeli beg.
BEG WATER RESIST:
PROS:
1. Compartment lebih easy access
2. Banyak outside compartment
3. Zip lebih praktikal berbanding rolltop
4. Banyak pilihan jenis fabric
CON:
1. Tak boleh rendam dalam air.
BEG WATERPROOF:
CONS:
1. Akses point tak banyak sebab tak boleh berzip
2. Rolltop mechanism
3. Tak banyak compartment luar
PROS:
1. Boleh rendam dalam air.
Sumber: Twitter Abbas He