Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

PETRONAS Diiktiraf Jenama Paling Bernilai Di ASEAN, Kalahkan Jenama-jenama Dari Negara Lain

PETRONAS Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai jenama paling bernilai di ASEAN, memetik daripada perkongsian di laman Facebook rasmi ASEAN Skyline.

Kedudukan PETRONAS didorong oleh konsistensi prestasi jenama yang menyumbang kepada nilai jenama sebanyak $13.6 bilion (RM 56.95 bilion) dengan lonjakan sebanyak 13% berbanding tahun lepas, iaitu $12.04 bilion (RM48.69 bilion), memetik daripada sumber Utusan Malaysia.

Menurut Brand Finance, antara tiga komponen yang diutamakan adalah dari segi kekuatan jenama, perniagaan dan prospek ekonomi dalam mengira nilai jenama.

Berdasarkan laman web rasmi PETRONAS, pencapaian ini berlaku adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan tenaga selepas ekonomi global pulih akibat pandemik.

Dengan ini, pencapaian yang diperoleh membolehkan PETRONAS bangun daripada menempuh cabaran dalam sektor minyak dan gas.

Kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Tengku Muhammad Taufik, pihak PETRONAS berterima kasih atas pengiktirafan yang diberikan dan ini menunjukkan bukti kukuh kepada usaha yang dilakukan dalam memenuhi tujuan sebagai rakan kongsi tenaga dan penyelesaian yang progresif.

“Kami kekal komited sepenuhnya untuk menyediakan pelanggan kami akses kepada tenaga yang lebih bersih, mampu milik dan selamat selain daripada memperkayakan kehidupan untuk masa depan yang mampan.”

PETRONAS ditubuhkan pada tahun 1974 dan dimiliki sepenuhnya oleh negara Malaysia.

Syarkat tersebut dikatakan telah beroperasi di lebih 65 buah negara dengan mempunyai jumlah aset sebanyak $144.43 bilion (RM 604.87 bilion), setakat tahun 2020.

Selain itu, PETRONAS juga disenaraikan antara syarikat Fortune Global 500 terbesar di dunia dan merupakan syarikat awam ke-1881 disenaraikan dalam Forbes Global 2000 2017.

Antara lokasi pejabat utamanya terletak di ibu negara, Kuala Lumpur (Malaysia), Guangzhou Shi (China), Dubai (Arab Saudi) dan London (United Kingdom).

Baru-baru ini, anak syarikat PETRONAS, Progress Resources USA Ltd. serta rakan kongsinya telah mengumumkan penemuan telaga minyak baharu di luar pesisir Teluk Mexico, Amerika Syarikat.

Penemuan terbaharu ini telah menandakan peristiwa penting bagi syarikat tersebut dalam mengukuhkan dan membangunkan usaha niaga PETRONAS di Amerika Syarikat.

Selain itu, PETRONAS juga merupakan salah satu penaja utama pasukan Formula One BMW Sauber bersama Intel dengan membekalkan pelincir dan bahan api kepada pasukan tersebut.

Sejak tahun 2010, PETRONAS telah menyandang Gelaran dan Rakan Kongsi Teknikal kepada Pasukan Formula One Mercedes-AMG PETRONAS.

Sumber : ASEAN Skyline, PETRONAS

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.