Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 22,133 kes positif harian COVID-19 yang telah dilaporkan hari ini iaitu meningkat sedikit berbanding semalam, 21,315 kes.
Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 3,083,683 kes.
Menurut Noor Hisham, jumlah peratus tertinggi masih lagi dalam kategori satu dan dua iaitu 99.34 manakala selebihnya dalam kategori tiga, empat dan lima.
“Daripada 22,133 kes harian yang dilaporkan pada 15 Februari 2022, 146 kes (0.66 peratus) melibatkan kategori tiga, empat dan lima dan 21,987 kes (99.34 peratus) melibatkan kategori satu dan dua,” jelas beliau.
Memetik hantaran di laman sosial rasmi Noor Hisham Abdullah, pecahan kes COVID-19 setakat hari ini mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kategori 1 – 5,832 kes (26.34 peratus)
Kategori 2 – 16,156 kes (73.00 peratus)
Kategori 3 – 102 kes (0.46 peratus)
Kategori 4 – 24 kes (0.11 peratus)
Kategori 5 – 20 kes (0.09 peratus)
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini di laman web COVIDNOW.
Drp kes harian yg dilaporkan pd 15 Februari 2022;
•146 kes (0.66%) kategori 3, 4 &5; dan
•21,987 kes (99.34%) kategori 1 & 2Kategori 1 : 5,831 kes (26.34%)
Kategori 2 : 16,156 kes (73.0%)
Kategori 3 : 102 kes (0.46%)
Kategori 4 : 24 kes (0.11%)
Kategori 5 : 20 kes (0.09%) pic.twitter.com/MOGCdo2jnG— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 15, 2022
Sumber: Twitter DG Hisham