Siakap Keli
Kredit: TikTok @karake7

(Video) Mata & Kepala Dicicah Dalam Cili, Viral Resipi ‘Rare’ Sotong Dimakan Hidup-hidup

Trend makan sotong mentah ini sudah biasa di negara-negara timur khususnya Korea Selatan. Tetapi apabila orang kata makan sotong hidup-hidup mesti orang terbayang sotong itu sudah mati dan kemudiannya dipotong kecil-kecil untuk dimakan secara mentah.

Hal ini lain pula dengan apa yang terjadi di negara jiran ini. Tular sebuah restoran di Thailand yang dipercayai menghidangkan menu sotong hidup bersama-sama sos cili, lapor Indozone.

Menerusi satu perkongsian TikTok oleh @karake7, kelihatan seorang pelayan yang memasukkan sotong hidup ke dalam gelas jernih berisi sos cili. Sotong itu dimasukkan dengan sekaligus bersama-sama matanya ke dalam sos.

Sebaik sahaja sotong hidup itu dimasukkan ke dalam gelas berisi sos berkenaan, sotong itu segera bergerak-gerak dengan pantas menandakan ia kepanasan setelah dicicah dengan sos cili itu.

Malah sotong itu juga mengeluarkan bunyi sebaik sahaja ia dimasukkan ke dalam gelas berkenaan.

Difahamkan, sotong itu sememangnya akan bergerak-gerak sehingga ia lembik dan akhirnya dimakan hidup-hidup oleh pelanggan di restoran itu.

@karake7

ถูกและสดมีอยู่จริงๆ หมึกโวยวาย39บาท

♬ เสียงต้นฉบับ – การะเกด ปิ่นแก้ว – การะเกด ปิ่นแก้ว

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa tidak puas hati dengan restoran tersebut. Ramai yang berasa kesian terhadap sotong itu kerana diperlakukan sedemikian.

“Seelok-eloknya matikanlah dulu sotong tu.

Kredit: TikTok @karake7

“Kesian sotong kepedasan.

Kredit: TikTok @karake7

“Kenapa mereka perlu terseksa sebelum dimakan oleh manusia.

Kredit: TikTok @karake7

“Kesian, bayangkan mata anda diletakkan lada, mesti sakit.”

Kredit: TikTok @karake7

Sumber: Indozone & TikTok karake7

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.