Siakap Keli
Gambar Hiasan: AsiaNews

5 Negara Ini Tersenarai Masyarakat Muslim Paling Ramai Untuk Tahun 2022

Apabila sebut tentang Islam mesti orang akan terbayang masyarakat Arab yang tinggal di Timur Tengah. Dengan pemakaian tudung, berniqab, berjubah putih dan kelilingnya dipenuhi padang pasir.

Sehinggakan jika kita pergi ke negara-negara yang minoritinya Islam dan bertanyakan mereka mengenai Islam mesti ada yang menjawab “Arab”, “Dubai”, “Abu Dhabi” dan sebagainya.

Tetapi tahukah anda sebenarnya banyak lagi negara-negara lain yang jumlah majoritinya adalah beragama Islam. Merungkai mengenai jumlah populasi muslim dunia 2022 World Population Review ada jawapannya.

Lima negara ini tersenarai dalam penduduk Muslim paling ramai 2022

5. Nigeria

Gambar: via Google

Nigeria merupakan sebuah negara dengan kebanyakan penduduk bumi yang berkulit gelap paling ramai. Selalunya filem-filem terkemuka akan menggunakan lokasi di negara ini untuk tujuan pemfileman. Di negara ini terdapat dua tapak warisan dunia yang diiktiraf UNESCO iaitu Landskap Budaya Sukur di Adamawa dan Hutan Suci Osun-Osogbo di Osun.

Dianggarkan seramai 99 juta orang penduduk Islam yang tinggal di Nigeria yang mewakili hampir-hampir 49.60 peratus penduduk di sana. Majoriti penduduk Islam di sana mengamalkan ajaran Sunni yang berpandukan mazhab Maliki.

4. Bangladesh

Gambar: AsiaNews

Negara ini terletak di dataran delta yang subur di Sunga Gangga (Padma) dan berhampiran Teluk Benggala. Bangladesh bersempadan dengan pelbagai negeri di India Barat, India Timur dan India Utara. Malah negara ini juga mempunyai sempadan yang pendek dengan Myanmar (Burma) di sebelah Tenggara.

Bangladesh mempunyai kira-kira 167 juta penganut agama Islam yang merangkumi 90.40 peratus jumlah penduduk Bangladesh. Penduduk Islam di sana pula gemar membahasakan diri mereka sebagai Muslim berbanding Bangladeshi. Negara ini juga mengamalkan ajaran Sunni tetapi bermazhabkan Hanafi.

3. India

Gambar: Arab News

India merupakan sebuah negara yang menduduki sebahagian besar Asia Selatan. Ibu kotanya ialah New Delhi dan ia dibina pada abad ke-20. Sistem pemerintahan di sana adalah republik berpelembagaan. Di India terdapat beribu-ribu kumpulan etnik dan dipercayai mempunyai ratusan bahasa yang digunakan. India juga merupakan negara kedua paling ramai penduduk selepas China.

Walaupun mempunyai lebih kurang 195 juta penganut Islam di India namun Islam bukanlah agama terbesar di sana. Muslim di sana hanya sekadar 14.20 peratus sahaja. Selebihnya adalah penganut agama Hindu.

2. Pakistan

Gambar: via Google

Selain India, Pakistan juga merupakan sebuah negara berbilang kaum dan kebanyakan berbahasa Indo-Iran. Pakisan merupakan negara yang mempunyai banyak sejarah dan budaya yang dikaitkan dengan negara jirannya iaitu Iran, Afghanistan dan India.

Populasi Muslim di Pakistan hampir-hampir 200 juta orang menjadikan Islam sebagai agama terbesar dan agama rasmi di negara ini. Hampir-hampir 96.50 peratus penduduk Pakistan adalah Muslim.

1. Indonesia

 

Gambar: via Google

Seramai 279 juta penganut Islam dianggarkan di Indonesia. Peratusan muslim di sana melebihi daripada separuh iaitu 87.20 peratus. Majoriti penganut Islam di sana mengamalkan ajaran Sunni bermazhab Shafi’i iaitu sama seperti Malaysia.

Dengan angka lebih 229 juta orang Muslim, Indonesia adalah negara dengan populasi Muslim terbesar dunia. Hampir-hampir 87.2 peratus penduduk Indonesia beragama Islam. Difahamkan majoriti penduduk Islam di sana tinggal di daerah Jawa, Sumatera, Nusa, Sulawesi dan Maluku.

Malaysia

Gambar: Asia News

Negara kita juga tersenarai dalam majoriti penduduk Muslim 2022. Seramai 16 juta orang penganut agama Islam di Malaysia. Angka tersebut menunjukkan hampir separuh daripada penduduk di Malaysia beragama Islam iaitu 61.30 peratus. Umumnya seperti yang kita tahu, penduduk Muslim di negara kita ini mengamalkan pegangan ahli sunnah wal jamaah dan bermazhab Syafie.

Data via World Population Review

Sumber: World Population Review, Arts and Culture, Nationonline, Britannica 1, Britannica 2, Britannica 3 & Databoks

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.