Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini memaklumkan bahawa akaun rasmi Telegram dan WhatsApp miliknya telah digodam.
Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Twitter miliknya sebentar tadi.
Dalam pada itu, beliau berharap agar mana-mana rakan dan kenalannya yang menerima sebarang mesej tidak berkaitan untuk mengabaikan sahaja mesej tersebut.
Katanya, beliau dalam proses untuk mendapatkan semula akaunnya itu.
“Akaun Telegram dan WhatsApp saya telah digodam.
“Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan.
“Saya dalam proses mendapatkan semula Akaun,” tulisnya di Twitter.
Akaun Telegram Dan whatsapp saya telah digodam. Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan.
Saya dalam proses mendapatkan semula Akaun.@PDRMsia @MCMC_RASMI pic.twitter.com/dfsaH0hXa3
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) February 16, 2022
Sumber: DS AhmadZahid Hamidi