Kerajaan Ukraine melaporkan beberapa laman web rasmi milik kementerian termasuk dua institusi kewangan terbesar negara itu mengalami serangan siber besar-besaran dan terpaksa dimatikan buat sementara waktu.
Serangan itu berlaku susulan ketengangan antara Rusia dan Ukraine namun tidak jelas siapa disebalik serangan itu.
Pusat Komukasi Strategik dan Keselamatan Maklumat Ukraine dalam kenyataan di laman Facebooknya mengatakan bahawa laman web PrivatBank dan Oscadbank telah dimatikan diluar talian kerana serangan penafian perkhidmatan (DDoS). Selain itu, laman web awam untuk angkatan tentera Ukraine juga dimatikan.
Agensi itu turut menjelaskan bahawa DDoS menyerang laman web membuatkan trafik sibuk untuk menganggu operasi dan menyebabkan pengguna tidak dapat mengakses laman tersebut.
Polis Siber Ukraine berkata ianya mempunyai bukti bahawa ada individu yang tidak dikenali menghantar mesej teks mengenai penipuan kegagalan ATM Ukraine.
ProvatBank menafikan disasarkan oleh serangan siber dalam kenyataan melalui email mengatakan bahawa laporan itu tidak benar dan mengelirukan pelangan mereka. Pihak bank mendakwa mereka menerima aduan daripada pelanggan mengenai maklumat yang salah tentang gangguan dalam perkhidmatan bank tersebut.
Pihak Privatbank menasihatkan orang ramai khususnya rakyat Ukraine untuk bertenang dan mereka akan maklumkan keputusan mereka melalui maklumat rasmi yang sah sahaja.
Bagaimanapun, kerajaan Ukraine dan Amerika Syarikat tidak mengaitkan kepada mana-mana pihak tentang serangan tersebut.