Siakap Keli
Foto: Sitiaishah

Hanya Guna Teknik Ini, Wanita Ajar Cara Nak Buat Telur Rebus Nampak Berkilat & Menyelerakan

Benar, ramai yang boleh kata “ala, senang je masak ni, masukkan air lepas itu telur.” Ya, memang nampak mudah tetapi kalau tak kena dengan caranya ia akan menjadi susah dan kelihatan tak cantik.

Nak tahu cara rebus telur supaya tidak melekat di kulit bila dikupas? Maklumlah ramai yang suka makan telur rebus ini, tak kurang juga ia boleh digunakan dalam nasi lemak atau pelbagai hidangan sajian di rumah.

Salah satu masalah yang kita sering hadapi apabila telur yang kita rebus susah untuk kupas, ada kalanya isinya turut terkopek. Jadi bila masak nampak tak cantik.

Jadi, jom kita cuba petua dari Facebook, Siti Aishah tentang rebus telur supaya ia mudah untuk dikupas. Permukaan telur juga cantik sempurna tanpa cacat cela.

“Rebus telur dan kupas telur pun boleh jadi isu kan. Kadang susah kupas dan melekat…”

Mungkin ada lagi cara lain boleh di kongsi bersama.. cara masing-masing. Lain orang lain cara kan.

Ini cara saya rebus telur;

  1. Rebus telur dalam 15 minit.
  2. Lepastu sediakan air sejuk peti ais dalam mangkuk.
  3. Angkat telur dan terus masukkan dalam mangkuk berisi air sejuk tadi dan kupas.
  4. Siap.

Sumber: Siti Aishah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.