Hidup dalam sebuah taman perumahan atau flat selalu berkait rapat dengan isu-isu kejiranan. Ada saja isu tidak puas hati akan bangkit sama ada isu adalah adalah kecil ataupun besar.
Kalau hendak dirungkai satu persatu, memang tak akan habis jika sebut tentang permasalahan ini. Dari isu haiwan peliharaan, parking dan banyak lagi yang menjadi permasalahan mereka yang hidup dalam susasana kejiranan.
Namun, hari ini Siakap Keli ingin kongsikan salah satu isu yang acap kali menjadi perbualan hangat hidup berjiran.
Menerusi akaun Facebook peguam hartanah, Syazwan Mohd Jafri, beliau jelaskan akta yang boleh diambil jika terdapat jiran yang menghalang laluan dengan meletakkan kenderaan di depan rumah anda.
Ikuti perkongsian beliau yang telah kami sertakan di bawah ini. Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi manfaat kepada yang memerlukan.
Tindakan yang boleh di ambil jika jiran ‘block’ kereta anda di depan rumah
Salam warga T.A.H.i semua. Lepas seharian bertukang, masalah payah keluar masuk rumah sebab ada kereta block pagar adalah perkara terakhir yang anda ingin hadapi. Namun perkara ini biasa terjadi.
Harapnya perkongsian kali ni dapat membantu sesiapa yang mengalami masalah ini. Terima kasih warga T.A.H.i dan admin. Saya share ye.
ADUHAI PENING DENGAN JIRAN ASYIK PARKING KERETA BLOCK PAGAR RUMAH! (Ketahui hak anda sebagai jiran teraniaya)
Jika anda menetap di taman perumahan (landed terutamanya), pasti PERNAH MENGALAMI masalah pagar rumah dihalang oleh kereta orang lain (selalunya kereta jiran lah).
Pastinya juga menyusahkan, menyakitkan minda dan menyakitkan hati anda. Teguran secara baik tidak berkesan. Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.
HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (APJ 1987)
Seksyen 48(1) APJ 1987 menyebut – adalah menjadi kesalahan bagi pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan/menghalang pengguna lain.
Jika didapati bersalah, boleh didenda minimum RM1,000.00 dan maksima RM5,000.00 ATAU penjara tidak kurang 1 tahun ATAU kedua-duanya.
HAK ANDA DI BAWAH AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKK 1955)
Selain APJ 1987, AKK 1955 juga ada menyebut tentang kesalahan letak kereta depan rumah orang. Seksyen 22 AKK 1955 menyebut – barangsiapa yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah, boleh didenda sehingga RM50.
JALAN TERAKHIR JIKA JIRAN MASIH TERUSKAN SALAHLAKU PARKING BLOCK PAGAR RUMAH
Ramai tidak tahu, sebenarnya di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987 – pihak berkuasa seperti pegawai polis/pegawai JPJ/pegawai majlis perbandaran, dibenarkan untuk CLAMP dan TOWING kereta yang menghalang/menyusahkan orang lain.
Oleh itu, semasa membuat aduan, pastikan anda maklumkan akta ini bila tahu kereta nak kena tow, pasti jiran tidak akan ulang kesalahan sama.
INFO TAMBAHAN
- Meletakkan kereta block rumah orang juga dikira sebagai kesalahan “TORT KACAU GANGGU PERIBADI”.
- If all else fails, anda boleh saman di mahkamah dan dapatkan Perintah Injunction (Perintah halangan) agar pelaku tidak meneruskan lagi salah laku.
KESIMPULAN
Isu ini mungkin nampak remeh tapi hakikatnya memang banyak terjadi. Perkongsian kali ni pula bukan untuk menggalakan pergaduhan sesama jiran namun lebih kepada memberikan “awareness” tentang isu ini supaya semua pihak sama-sama elak dari lakukan kesalahan ini.
Sumber: Facebook Syazwan Mohd Jafri