Kalau nak bercakap tentang Prosperity, pasti ramai yang teringatkan Prosperity Burger McDonald’s kan. Menu tersebut sentiasa menjadi kegemaran ramai setiap kali McD menyediakan hidangan tersebut di restoran mereka. Malah, boleh dikatakan ada yang sanggup berbaris panjang untuk membeli Prosperity Burger sama ada untuk diri sendiri, keluarga ataupun rakan-rakan.
Sempena perayaan Tahun Baru Cina pada awal Februari lalu, Prosperity Toss (Yee Sang) adalah satu lagi istilah yang berkaitan dengan topik kita iaitu ‘Prosperity’
Makan memang sedap, sampai boleh termimpi-mimpi. Tapi korang tahu ke apa makna ‘Prosperity’ yang dimaksudkan oleh McD. Sekiranya diterjemahkan daripada bahasa Inggeris, ‘Prosperity’ membawa maksud kemakmuran. Tapi bagi McD, maksudnya adalah lebih mendalam.
Maksud Sebenar Prosperity
Menurut pihak McD, Prosperity bukanlah tentang apa yang anda miliki, tetapi siapa yang bersama dengan anda. Dengan bahasa yang lebih mudah, memiliki sesuatu bukanlah menjadi keutamaan, tetapi yang lebih mendalam adalah siapa yang kita miliki.
Sebagai contoh, perayaan Tahun Baru Cina yang disambut pada awal Februari ini. Tahun Baru Cina ini, adalah masa untuk kita mengetepikan segala kesibukan kehidupan seharian agar kita dapat meluangkan masa bersama orang di sekeliling kita yang perlu diambil berat.
Sementara rakyat Malaysia di seluruh negara berkumpul semula dengan keluarga mereka pada musim cuti perayaan ini, pihak McDonald Malaysia mengangkat maksud sebenar ‘Prosperity’ untuk memastikan warga emas di rumah orang tua disantuni dan dapat merasai kemeriahan perayaan tahun baru Cina yang sebenar.
McD Malaysia Sambut Tahun Baru Cina Bersama Warga Emas
McDonald Malaysia telah menyambut Tahun Baru Cina bersama warga emas di Rumah Charis dan Sincere Care Home yang masing-masing bertarikh pada 25 dan 27 Januari yang lalu.
Bukan itu sahaja, pihak McDonald’s juga telah membuat lawatan di 170 rumah orang tua di seluruh negara sepanjang bulan Januari. Bertepatan dengan erti ‘Prosperity’ yang dikongsikan di atas, lawatan tersebut telah membawa kegembiraan bagi golongan warga emas di sana.
Bukan hanya lawatan biasa, dengan DNA McDonald dan semangat kebersamaan, kru restoran telah meluangkan masa untuk menyantuni warga emas. Mereka juga turut menyediakan servis memotong rambut untuk mereka menyambut tahun baharu.
Penduduk di rumah orang tua itu turut menikmati Tahun Baru Cina dengan kemeriahan persembahan Tarian Singa dan Prosperity Toss (Yee Sang)