Gempa bumi sederhana bermagnitud 6.0 pada skala Ritcher dilapor berlaku di Rantau Sempadan Mexico-Guatemala pada pukul 3:12 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, pusat gempa bumi tersebut terletak 14.3° Utara dan 91.2° Barat.
Tambah laporan itu, ia juga dilapor berkedalaman sejauh 96 kilometer bawah serta terletak 914 kilometer Tenggara dari Puebla Mexico.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia yang dikeluarkan setakat ini.
Gempa bumi kuat M 6.0 telah berlaku di Rantau Sempadan Mexico-Guatemala pada pukul 3:12 petang, 16 Februari 2022. Pusat gempa bumi tersebut terletak 14.3° Utara dan 91.2° Barat dengan kedalaman 96 km. 914km Tenggara dari Puebla,Mexico.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/2tDQaTD2Fd
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 16, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia