Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 27, 831 kes baharu COVID-19 yang telah direkodkan hari ini.
Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 3,111,514 kes.
Oleh itu, 16 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 27,831 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,111,514 kes. pic.twitter.com/31OmMeZQtq
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 16, 2022
Menurut Noor Hisham dalam hantaran sama, 99.65 peratus dari jumlah kes yang direkodkan hari ini adalah dalam kategori satu dan dua, manakala selebihnya dalam kategori tiga, empat dan lima.
Memetik laporan di laman sosial rasmi Noor Hisham, pecahan kes COVID-19 setakat hari ini mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kategori 1 : 7,606 kes (27.33%)
Kategori 2 : 20,128 kes (72.32%)
Kategori 3 : 59 kes (0.21%)
Kategori 4 : 28 kes (0.10%)
Kategori 5 : 10 kes (0.04%)
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini di laman web COVIDNOW.
Drp kes harian yg dilaporkan pd 16 Feb 2022;
•97 kes (0.35%) kategori 3, 4 & 5
•27,734 kes (99.65%) kategori 1 & 2.Kategori 1 : 7,606 kes (27.33%)
Kategori 2 : 20,128 kes (72.32%)
Kategori 3 : 59 kes (0.21%)
Kategori 4 : 28 kes (0.10%)
Kategori 5 : 10 kes (0.04%) pic.twitter.com/hy3EqmkmNw— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 16, 2022
Sumber: Noor Hisham Abdullah