Kucing merupakan haiwan penyayang yang tidak dapat disangkal lagi hubungan dengan manusia mahupun sesama mereka. Banyak video dan kisah-kisah tular haiwan comel ini terlihat tidak menerima kenyataan kehilangan yang tersayang.
Menerusi satu hantaran video melalui Twitter, beberapa perkongsian yang menunjukkan beberapa koleksi kucing yang masih tidak boleh ‘move on’ dengan pemergian tuan dan juga kucing lain yang ia sayang.
Berdasarkan video tersebut, terdapat seekor kucing yang mengais-ngais tanah perkuburan yang dipercayai tuannnya. Manakala seekor lagi kucing bersama potret yang dikatakan ‘ayahnya’ yang telah mati lapan bulan yang lalu menurut tuannya.
Tonton video di bawah untuk merasai perasaan ‘rindu’ yang kucing-kucing ini rasai.
— kocheng (@twitkocheng) February 15, 2022
Sumber: Twitter Kocheng