Siakap Keli
Gambar: makassar_iinfo

(Video) Elak Tertipu, Lelaki Ni Kongsi Cara Mudah Bezakan Emas Tulen & Palsu

Umum mengetahui, emas merupakan salah satu jenis pelaburan yang paling popular. Pelaburan emas dianggap lebih selamat dan menguntungkan kerana harganya sentiasa naik.

Harga emas yang cenderung meningkat menjadikannya salah satu instrumen pelaburan yang digemari oleh hampir semua orang. Emas juga sering dijadikan sebagai hadiah dan juga mas kahwin.

Pun begitu, orang yang memilih untuk melabur dalam emas mesti tahu ketulenannya. Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Instagram @makassar_iinfo, lelaki ini telah kongsikan cara untuk membezakan sama ada emas yang anda beli itu tulen atau tidak.

Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang lelaki sedang memeriksa barang kemas tersebut dengan menggunakan magnet. Hal ini kerana magnet merupakan cara paling mudah untuk memastikan emas anda tulen atau palsu.

Jika emas tidak tertarik antara satu sama lain, maka emas anda itu adalah tulen. Namun, jika ’emas’ yang anda beli itu terlekat pada magnet, maka ianya didakwa palsu. Kemungkinan ’emas’ itu bercampur logam dan juga besi.

Untuk lebih mudah faham cara membezakan emas anda tulen atau tidak, anda boleh tonton video di bawah ini.

 

Sumber: Instagram

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.