Tak dinafikan, pengguna Instagram memang ramai, tambahan pula bagi mereka yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi hingga capai ribuan dan ada juga yang juta-juta pengikut.
Kepada mereka yang aktif, sudah semestinya akan sentiasa kemaskini sama ada di bahagian feed mahupun story. Hingga kadang-kadang ada yang sampai berjela-jela ‘titik’ di bahagian atas story mereka.
Kebanyakan mungkin disebabkan oleh mereka ‘siarkan semua’ story yang di tag oleh kawan-kawan yang lain. Tapi tahu tak sebenarnya korang boleh muat naik dua kandungan gambar hanya dalam satu post story sahaja.
Menerusi video Tiktok Azzim Siddiq, beliau kongsikan bagaimana caranya untuk memuat naik dua kandunngan instastory hanya dalam satu posting sahaja.
Jom ikuti perkongsian beliau di bawah yang telah kami sertakan dan semoga bermanfaat.
@azimsiddiq_ repost dua story sekaligus #fyp #tiktokmalaysia #tiktokguru
Sumber: Tiktok Azim Siddiq