Siakap Keli
Gambar: TikTok VLOGKU

(Video) Jadi Elok, Ini Teknik Nak Rebus Telur Separuh Masak “Level-level” Hotel Mewah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Korang mesti pernahkan makan telur separuh masak di hotel. Kejadian dia kalau di hotel-hotel mesti cantik dan nampak menyelerakan tapi kalau kita buat sendiri di rumah kadang-kadang jadi kadang-kadang tak.

Ada masa telur kuning terlalu masak ataupun jadi telur rebus terus kalau sudah leka. Tapi lagi sedih bila kita rasa masa dah cukup lama kita rendam dengan air didih tapi bila pecahkan tak masuk pula.

Jadi kalau korang pernah alami masalah begini ataupun baru hendak cuba buat telur separuh masak, bolehlah tengok video TikTok yang dikongsi oleh VLOGKU ini.

Dalam video tersebut pemuda ini menunjukkan cara membuat telur separuh masak mengikut resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna di ruangan komen.

Resipi yang dikongsikan sangat mudah, menggunakan 3 bahan ini korang akan mendapatkan telur separuh masak yang cantik, iaitu periuk, air, dan telur.

Selepas cukup ketiga-tiga bahan tersebut korang sudah boleh didihkan air di dalam periuk. Setelah air mendidih, tutup api dan masukkan telur yang sudah dicuci dan biarkan dalam air selama 7 minit.

Kemudian buang air tersebut selepas 7 minit, hasilnya akan seperti yang anda inginkan dengan telur putih dan kuning yang cair dan sempurna masaknya. Pemilik video turut menunjukkan hasil telur separuh masak tersebut yang cair dan ‘jadi’ bak kata orang.

@vlogaku_

Reply to @laisyazlyn telur separuh masak level hotel 😎

♬ original sound – VLOGAKU – VLOGAKU

Sumber:  VLOGKU

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.