Siakap Keli
Gambar via TikTok

(Video) “Jangan Perhati Lama-lama,” Lelaki Tak Sengaja Terakam ‘Penunggu’ Bawah Pokok

Alam semula jadi menyimpan seribu satu misteri yang kadang kala tidak dapat dijelaskan secara logik.

Tempat-tempat yang jarang dikunjungi manusia seperti kawasan air terjun, pergunungan atau hutan sangat sinonim dengan peristiwa mistik kerana dikatakan mempunyai ‘energi’ yang berbeza.

Maka tak hairanlah kalau setiap kali lalu di kawasan-kawasan ini, bulu roma boleh tiba-tiba merinding. Belum lagi cerita pasal ‘penampakan’ yang mata kita sendiri pun susah nak percaya.

Keadaan sama turut dialami lelaki yang dikenali sebagai Zaim Syirazi ini. Berniat mengambil telefon milik ibunya yang tertinggal di kebun, Zaim terpaksa melewati kawasan hutan dalam keadaan gelap untuk mengambil telefon berkenaan.

Namun tak disangka-sangka, malam itu dia terserempak dengan satu ‘sosok’ yang hanya ‘berdiam’ di bawah pokok.

“Aku harap benda aku nampak tak betul. Jangan perhati lama-lama,” tulis pengunggah dalam video berkenaan.

@zaimsyirazi

Ada nak part 2? #esekeli #fyp #paranormal #seram #foryou

♬ original sound – KindeLero – CuimHakase

Dalam sebuah video berbeza, ‘penemuan mengejutkan’ ini akhirnya terjawab setelah pengunggah melihat ‘sosok’ misteri tersebut dengan lebih teliti.

Rupa-rupanya, ‘sosok’ tersebut hanyalah tunggul kayu yang kebetulan berada di situ. Maklumlah dalam keadaan gelap macam tu, mata pun boleh tersalah pandang.

@zaimsyirazi

Part2: Pertemuan mengejutkan😱 #esekeli #fyp #seram #foryou #sorry #part2

♬ original sound – KindeLero – CuimHakase

Sumber: TikTok Zaim Syirazi

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.