Mengerikan, seorang penunggang motosikal nyaris digilis kereta api dalam kejadian yang dirakam pada Sabtu lalu.
Memetik laporan Suara.com, video tular itu memperlihatkan keadaan ‘lalu lintas’ di bahagian jalan persimpangan kereta api.
Beberapa orang pengguna jalan itu dilihat memberhentikan kenderaan mereka di belakang palang kereta api. Pun begitu, seorang lelaki yang menaiki motosikal terus meluru ke landasan untuk melintasi jalan itu dengan laju.
Bagaimanapun, jangkaannya untuk berjaya melintasi ke seberang jalan sebelum kereta api tiba kurang tepat. Dia dilihat secara tiba-tiba memberhentikan motosikalnya di tepi landasan kereta api dan kemudiannya turun dari motosikal.
Dalam keadaan yang cemas, lelaki itu melarikan diri setelah melihat kereta api meluru dengan laju sebelum merempuh motosikalnya.
Dengan kelajuan kereta api itu, motosikalnya tidak dapat diselamatkan dan dilihat ‘terburai’ setelah dirempuh.
Lokasi kejadian itu masih belum diketahui namun ia mendapat perhatian warganet dengan komen-komen yang hangat.
“Jika dia bersabar selama dua minit, bagi dulu peluang kepada kereta api untuk lalu, motosikalnya pasti boleh diselamatkan lagi,” kata seorang netizen.
View this post on Instagram
Sumber: Suara.com