Siakap Keli
Gambar : TikTok wantodak5

(Video) Pantang Nampak Sejadah, Kucing Siap Menggeliat Dan Terus Santai ‘Landing’ Di Sebelah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau sebut pasal kucing, bermacam-macamlah ragam dan kenakalan yang ditunjukkan. Sehinggakan boleh buat buku kalau cerita pasal kelakuan mereka.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kucing merupakan seekor kucing yang comel dan nakal.

Kalau bab mengganggu orang, dialah nombor satu. Ada sahaja perkara yang dilakukannya semata-mata untuk menarik perhatian tuan.

Selalunya, orang akan kaitkan kenakalan kucing dengan si oyen. Namun, kali ini bukan si oyen yang buat perangai, malah si tompok pula kali ini.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan, kelihatan seekor kucing putih bertompok hitam elok sahaja berjalan menuju ke arah seorang lelaki yang sedang menunaikan solat.

Tanpa rasa bersalah, kucing tersebut siap menggeliat dan menjilat bulunya sebelum berbaring santai di atas sejadah tersebut.

Walaupun kucing tersebut tiada niat untuk mengacau si lelaki itu, namun perkara yang dilakukannya boleh menggugat iman juga.

Video yang dikongsikan oleh wantodak5 di akaun TikTok itu telah mendapat perhatian warganet dan rata-ratanya bersetuju dengan apa yang ditulis di kapsyen TikTok itu.

@wantodak5

pantang nampak sejadah

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Perkongsian video tersebut telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 336.9k. Menjengah ke ruangan komen, ada yang terhibur dengan aksi kucing tersebut dan ada juga yang mengatakan kucing mereka pun suka berbuat sedemikian.

Gambar : TikTok wantodak5
Gambar : TikTok wantodak5
Gambar : TikTok wantodak5

Sumber : TikTok wantodak5

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.