Siakap Keli
Gambar : TikTok Muhammad Izzat

(Video) Rezeki Tak Salah Alamat, Abang “Cleaner” Dapat Ang Pow Lebih RM 800 Kutip Sampah Masa CNY

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Musim perayaan merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang, tidak kira bangsa dan agama. Selain daripada bercuti panjang, kita juga dapat berkumpul dan mengeratkan kembali hubungan sesama sanak saudara.

Namun, ada sesetengah masyarakat ditugaskan untuk bekerja semasa hari perayaan seperti yang ditugaskan kepadanya. Memang sedih, tetapi amanah perlu dilakukan.

Walau bagaimanapun, mereka juga masih tidak ketinggalan untuk merasai suasana sebegitu walaupun tidak dapat menyarungkan baju yang cantik. Ada yang mendapat makanan dan ada juga yang mendapat angpau dari majikan.

Sama juga seperti yang berlaku kepada pemilik akaun TikTok, En. Muhammad Izzat apabila mendapat rezeki semasa bertugas mengutip sampah di kawasan perumahan kaum Cina yang sedang menyambut Tahun Baru Cina.

Siap dapat air kotak, buah limau dan angpau lagi.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, sebanyak RM809 yang diperolehnya semasa mengutip sampah. Orang cakap, kalau sudah rezeki itu,memang tidak salah alamat. Begitulah yang terjadi kepada En. Muhammad Izzat.

Video yang dimuat naik olehnya telah menarik perhatian warganet dan rata-ratanya meninggalkan komen yang positif.

@muhamad_30_

Alhamdulillah rezeki.. kutip sampah cina bagi limau, air dan ampau.. #cny #cny2022

♬ Gadis Dan Bunga – Rahimah Rahim

@muhamad_30_

Balas kepada @kakdamolek Alhamdulillah.. rm809… rezeki… #lorisampah #cny2022 #cny #tiktok

♬ original sound – JonelSagaynoRemix🇵🇭 – JonelSagaynoRemix🇵🇭

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya ada yang berkongsikan pengalaman yang sama dan menghargai pekerjaan sepertinya kerana sentiasa memastikan kawasan perumahan mereka bebas sampah.

Gambar : TikTok Muhammad Izzat
Gambar : TikTok Muhammad Izzat
Gambar : TikTok Muhammad Izzat

Sumber : TikTok Muhammad Izzat

Fathin Nadzira