Siakap Keli

(Video) Selalu Lepas ‘Cucuk’ Duit Terus Buang, Abang Ni Dedah Ada ‘Rahsia’ Dibelakang Resit ATM Maybank Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Korang selalu tak tengok belakang resit setiap kali keluarkan duit dari mesin ATM? Kalau korang yang jenis seorang yang teliti mesti korang perasan ada satu ‘rahsia’ yang Maybank letak pada belakang resit ATM ramai yang tak tahu.

Ya, tidak dinafikan ramai yang tidak tahu ‘rahsia’ ini kerana ramai yang akan keluarkan duit dari mesin terus buang resit ke dalam tong sampah. Bukan itu je, ada juga yang jenis tak nak keluarkan resit seletah selesai sesi pengeluaran wang tersebut.

Seperti yang ditunjukkan dalam video Tiktok, Irfarhan Husin seorang perunding kewangan ini memberitahu tentang satu maklumat yang tertera di belakang resit ATM Maybank yang mungkin ramai di antara kita terlepas pandang.

Difahamkan, di belakang resit tersebut terkandung satu maklumat ringkas untuk permohonan pembelian saham Initial Public Offerinh (IPO) atau saham terbitan awam.

Kalau korang nak tahu lebih mengenai saham atau maklumat kewangan, korang boleh tonton video di bawah.

@irfarhanhusin

Rahsia di ATM Maybank. #irfarhanhusin #financialplanning #bursamalaysia #pelaburanpatuhsyariah #cdsaccount #sahamipo #viral #fyp #tiktokmalaysia

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

BACA: “Sewa, Bukan Beli?,” TUDM Sewa 4 Helikopter Leonardo AW 139, Rupanya Ini Sebabnya

Sumber: Ir Farhan Husin

 

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.