Siakap Keli
Foto: Ig Tony Fernandes

Air Asia Ride Tawar E-Hailing Udara, Nak Ke KL Sentral Dari KLIA Hanya 11 Minit

Air Asia telah melancarkan perkhidmatan baharu iaitu e-hailing yang memberikan satu pengalaman menarik kepada pelanggannya merasai perjalanan singkat melalui udara.

Kita tahu e-hailing merupakan perkhidmatan penghantaran penumpang menggunakan kenderaan darat, kini Air Asia merancang menawarkan perjalanan udara menggunakan pesawat electrik vertical take-off anda landing (eVTOL).

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes di laman Instagramnya.

“Dilancarkan hari ini. Air Asia Ride kini berada di ‘udara’. Hanya mengambil masa 11 minit dari KLIA ke KL Sentral…”

Perkhidmatan itu ditawarkan secara ‘ride sharing’ atau perkongsian penumpang.

Terdahulu, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) menandatangani kerjasama dengan syarikat penyediaan pesawat yang berpangkalan di Ireland, Avolon untuk menyewa sekurang-kurangnya 100 unit pesawat elektrik kecil jenis VX4 eVTOL.

Persetujuan itu sekaligus mentraformasikan perkhidmatan e-hailing dan perjalanan udara dengan sistem yang lebih canggih.

Bagaimanapun, perincian berkenaan pengoperasiannya belum didedahkan pada umum. Namun, menurut Astro Awani, ia akan bermula operasi pada tahun 2025.

Sumber: Astro Awani, Tony Fernandes

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.