Bila kita rasa tak puas hati atau kita rasa tak sempurna sesuatu perkara itu mesti kita akan cepat je nak ‘kompelin’. Begitu juga kalau kita rasa diri kita ditindas pun kita akan mengeluh dan kita akan mencari seseorang untuk dijadikan medium untuk meluahkan perasaan.
Siapa sahaja yang tidak pernah mengadu. Perkara ini hampir dilakukan oleh semua orang. Sifat mengadu ini dilihat sebagai salah satu bentuk untuk mengeluarkan apa yang terbuku di dalam hati.
Lebih-lebih jika di tempat kerja, sudah tentu ada sahaja benda yang ingin diadukan. Kalau tak tentang gaji mesti tentang cuti. Nak lebih ‘advance’ mungkin kompelin mengenai kerja, atau rakan sekerja.
Tetapi tahukah anda, sifat suka kompelin ini ternyata ada keburukannya. Seseorang yang cepat mengadu melambangkan ciri orang yang lemah mentalnya. Apabila kita sebut tentang mental, ia sudah semestinya ada hubungkait dengan otak.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai sebab kenapa kita perlu jauhi sifat suka ‘kompelin’ ini, anda boleh ikuti perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar di bawah.
**nota: istilah ‘kompelin’ (Bahasa Inggeris ‘complain’) wujud dalam Dewan Bahasa & Pustaka. Ia membawa maksud aduan kerana tidak puas hati terhadap sesuatu.
Kenapa mesti jauhi sifat suka ‘kompelin’?

Tahukah ada tabiat suka komplen rosakkan otak.? Siapa kata? Pengkaji dari dari Stanford University. Mereka lihat kesan komplen ke atas otak manusia.
Pengkaji dapati kaki komplen otak bahagian hippocampus mereka atau pusat memori jadi kecil. Sama seperti mereka yang terkena penyakit alzheimer.
Menakutkan lagi, mereka yang mendengar sekali juga terkena penangan ini. Maksudnya semua yang terlibat dalam aktiviti membawang dapat kesan yang sama – pusat memori jadi kecil.
Bayangkan apa yang akan berlaku apabila otak mengecil. Pusat memori tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.
Bukan itu sahaja kesannya. Kaki komplen secara tidak langsung rewire otak mereka untuk mudah terkena anxiety dan kemurungan. Dua penyakit mental yang merahut bahagia.
Bagaimana mahu elak? Cara mudahnya kalau perlu menegur, lakukan secara berdepan. Mulakan dengan pujian. Jangan terus menyerang.
Kalau tidak mampu diamkan sahaja. Dalam kajian lain, cara elak komplen ialah bersyukur. Fokus pada perkara yang mahu disyukur. Paling mudah sebut sahaja “Alhamdulillah aku tak buat begitu atau tak jadi begitu.”
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar