Tular satu video di laman Tiktok mengenai seorang wanita mengalami perkara yang tidak dijangka selepas melahirkan bayi kembar tiga.
Difahamkan ketiaknya dipenuhi dengan susu ibu.
Berdasarkan laporan daripada Insider, wanita ini pada mulanya tidak dapat menghasilkan susu namun selepas tiga hari melahirkan anak-anaknya, payudaranya mula membengkak.
Pada awalnya, wanita ini tidak terkejut kerana dia pernah mengalami perkara yang sama pada kehamilan yang lalu. Namun ketika itu dia tidak bernasib baik untuk mengadu sakitnya pada pihak perubatan.
Kali ini, dia mengambil keputusan untuk tinggal di hotel lebih lama dengan jagaan jururawat dan pakar laktasi sebaik sahaja mengalami bengkak susu.
Menurut pakar laktasi, Leigh Anne O’Cornnor, tisu payudara yang merebak ke bahagian ketiak boleh menyebabkan ia bengkak semasa ibu mengalami bengkak susu.
Tisu payudara sebenarnya memanjang sehingga ke ketiak dan itulah punca wanita ini mengalami pembengkakan hingga ke bawah lengan.
Pakar ini juga menasihati ibu di luar sana agar sentiasa tuam sejuk pada payudara dan ketiak sertsa kerap menyusukan bayi untuk mengurangkan bengkak.
Bagaimanapun, bagi ibu selepas bersalin yang mengalami demam, tanda jangkitan atau rasa sakit pada benjolan untuk segera dapatkan rawatan daripaada hospital.
Sumber: Insider