Siakap Keli
Gambar hiasan via MIUC/Google

Hati-hati, Jangan Salah Pinjam, Ni Cara Bezakan Syarikat Pinjaman Wang Berlesen & ‘Ah Long’

Peminjaman wang sudah menjadi perkara biasa di Malaysia malah di luar negara juga. Ia biasanya bertujuan untuk melakukan atau membeli sesuatu yang memerlukan kos yang agak tinggi. Sebagai contoh rumah, kereta dan barangan eletronik yang menelan kos yang besar.

Namun tidak hanya bank dan syarikat kredit komuniti berlesen, peminjaman wang secara tidak berlesen juga sinonim dengan istilah ‘ah long’. Pernah terfikir bagaimana cara untuk membezakan kedua-duanya?

Menjawab persoalan ini, kami kongsikan penjelasan dari laman sesawang Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ikuti perkongsian yang telah kami sertakan di bawah.

Semoga bermanfaat.

Adakah anda boleh mengenal pasti mana-mana perniagaan Pemberi Pinjam Wang berlesen melalui iklan?

Jawapannya, ya. Mana-mana orang yang ingin membuat iklan berbentuk perniagaan sebagai Pemberi Pinjam Wang dimestikan mendapat permit iklan yang dikeluarkan oleh KPKT.

Jika gagal mendapatkan permit ia telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 11 AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951 yang boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya.

Cara membezakan antara Pemberi Pinjam Wang yang berlesen dan tidak berlesen melalui iklan

Mengikut Peraturan 8 Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003*, setiap iklan samada dalam bentuk papan iklan, banner atau kad mesti mengandungi butir-butir berikut:

  • Nombor lesen Pemberi Pinjam Wang dan tarikh pengesahannya;
  • Nombor permit iklan;
  • Nama, alamat dan nombor telefon Pemberi Pinjam Wang berlesen, dan;
  • Kadar faedah yang ditawarkan

Cara-cara lain untuk anda mengenalpasti samada sesuatu premis itu menjalankan perniagaan Pemberi Pinjam Wang secara sah

Semakan boleh dibuat melalui Portal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di alamat http://www.kpkt.gov.my atau boleh berhubung terus melalui talian telefon 03-8000 8000, atau datang sendiri ke Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Pemberi Pinjam Wang berlesen yang tidak mengikut peraturan pinjaman wang

  • Perniagaan sebagai Pemberi Pinjam Wang adalah di bawah peruntukan AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951 di mana setiap pengusaha Pemberi Pinjam Wang dikehendaki mematuhi segala peraturan dan kehendak-kehendak Akta 400.
  • Sebarang ketidakpatuhan boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil di bawah AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951 mengikut kesalahan-kesalahan yang dilakukan di samping akan menyebabkan perjanjian pinjaman itu terbatal, tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Sumber: KPKT

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.