Siakap Keli

Majikan Tak Bagi Solat Kat Tempat Kerja? Jangan Takut, Guna Cara Ni Untuk Dapatkan Hak Korang Sebagai Pekerja

Bagi masyarakat Muslim umumnya, kita semua sedia maklum bahawa solat lima waktu merupakan tiang agama bagi seluruh umat islam dan ia wajib dilaksanakan walau di mana pun kita berada.

Tidak mengira waktu, tempat dan keadaan, solat lima waktu itu tetap perlu dilaksanakan. Waima dalam kapal terbang pun, kita masih perlu menunaikan solat dan ada caranya.

Walau bagaimanapun, korang pernah tak ketika waktu bekerja, majikan tak bagi tunaikan kawajiban ini? Pernah terfikir tak apa yang korang boleh buat jika perkara ini berlaku?

Mengeksplorasi laman sesawang Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), mereka kongsikan akta-akta dan tindakan yang boleh diambil oleh pekerja termasuklah jika majikan tidak benarkan menunaikan solat.

Untuk penerangan yang lebih jelas, baca ulasan-ulasan yang telah kami sertakan di bawah, semoga memberi manfaat.

Aduan Buruh

Aduan merupakan manifestasi wujudnya suatu masalah yang memerlukan perhatian segera. Daripada aduan yang diterima JTKSM boleh mengenal pasti dengan segera dan jelas tentang masalah di tempat pekerjaan dan dengan itu, jabatan berupaya mengambil langkah yang sesuai untuk menyelesaikann masalah itu dengan cepat.

JTK menerima aduan daripada pelbagai sumber iaitu :

  1. Pengadu sendiri
  2. Biro Perpaduan Awam
  3. Pejabat Menteri/ Timbalan Menteri Sumber Manusia
  4. Pejabat Perdana Menteri
  5. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
  6. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
  7. Kedutaan
  8. Badan Bukan Kerajaan (NGO)
  9. Agensi-agensi lain

Aduan yang dikendalikan oleh JTK adalah:

Aduan oleh pekerja terhadap majikannya kerana tidak mematuhi peruntukkan undang- undang buruh yang mengakibatkan pekerja kehilangan sesuatu faedah kewangan (monetary benefit) atau faedah bukan kewangan (non-monetary benefit). Contoh adalah seperti berikut :

  1. Tidak dibayar gaji
  2. Tiada cuti tahunan
  3. Tidak melapor penggajian pekerja asing
  4. Diberhentikan kerja tanpa notis
  5. Tiada kontrak perkhidmatan
  6. Lewat bayar gaji
  7. Majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012
  8. Majikan tidak mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012

Aduan oleh pekerja atau pihak-pihak lain terhadap majikan yang ingkar mematuhi dasar kerajaan atau adat resam serta amalan buruh yang tidak sihat. Contoh:

  1. Diskriminasi kaum
  2. Tidak dibenarkan solat
  3. Amalan Buruh Tak Saksama
  4. Diskriminasi kaum/jantina

JTK akan menyiasat setiap aduan yang diterima berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan. Sekiranya hasil siasatan mendapati aduan berasas, majikan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut kesalahan yang dilakukan seperti diberi notis pematuhan, dikenakan tindakan kompaun atau pendakwaan.

Sekiranya aduan melibatkan tuntutan kewangan dan hasil siasatan mendapati pengadu layak untuk membuat tuntutan, pengadu akan dinasihatkan untuk memfailkan kes buruh.

Bagi aduan yang melibatkan soal dasar, agama dan penggajian, majikan akan diberi penjelasan berhubung dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dan dinasihatkan agar memberi pertimbangan sewajarnya terhadap isu yang dibangkitkan demi menjamin keharmonian industri.

Cara membuat aduan

Pengadu boleh membuat aduan melalui :

    1. Hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran dengan tempat kerja
    2. Surat kepada Jabatan Tenaga Kerja
    3. Telefon ke talian telekerja JTK (senarai telekerja)
    4. Emel rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Untuk mempercepatkan tindakan terhadap Aduan Perburuhan, pengadu (majikan/pekerja) perlu hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja bersama dengan dokumen yang diperlukan. Setiap aduan akan di kendalikan oleh Pegawai Buruh Terlatih di Pejabat Jabatan Tenaga Kerja mengikut kawasan tempat pekerjaan.

Dokumen Sokongan yang diperlukan

  1. Kad Pengenalan/ Pasport
  2. Surat Lantikan/ Kontrak Perkhidmatan
  3. Slip Gaji/ Slip Bayaran Upah
  4. Kad kedatangan
  5. Surat Tunjuk Sebab/ Surat Penamatan Kerja (Jika berkaitan)
  6. Dokumen lain yang berkaitan kontrak penggajian.

Antara isu-isu aduan yang dikendalikan oleh JTKSM adalah seperti berikut:-

Akta Kerja 1955, Peraturan-Peraturan Dan Perintah

  1. Baki gaji
  2. Gaji ganti notis
  3. Gaji cuti am
  4. Gaji cuti tahunan
  5. Gaji cuti sakit
  6. Gaji kerja pada hari rehat mingguan
  7. Gaji kerja cuti am
  8. Gaji kerja lebih masa pada hari biasa
  9. Gaji kerja lebih masa pada hari rehat mingguan
  10. Gaji kerja lebih masa pada cuti am
  11. Cuti/elaun bersalin
  12. Faedah penamatan kerja
  13. Penggajian pekerja asing
  14. Pelanggaran kontrak pekerjaan
  15. Lain-lain

Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990

  1. Bekalan air tidak diberi/mencukupi/bersih
  2. Membina rumah tanpa kelulusan pelan
  3. Bekalan elektrik tidak diberi/mencukupi
  4. Lain-lain

Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966

  1. Tidak diberi faedah statutori
  2. Melanggar syarat penggajian
  3. Lain-lain

Akta Pampasan Pekerja 1952

  1. Tidak menginsurankan pekerja
  2. Tidak melapor kemalangan pekerja
  3. Belum dibayar pampasan
  4. Lain-lain

Isu melibatkan dasar, agama dan penggajian

  1. Pelanggaran dasar kerajaan
  2. Diskriminasi kaum
  3. Tiada peluang / tempat sembahyang
  4. Amalan Buruh Tak Saksama
  5. Gaji rendah / Tiada kenaikan gaji
  6. Penindasan oleh majikan
  7. Diskriminasi kaum/Jantina
  8. Lain-lain

Sumber: JTKSM

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.