Siakap Keli
Gambar Via Detektif Kembara

Mungkin Ada Yang Tak Tahu, Ini Panduan Untuk Rancang Perjalanan Ke Turki

Kebanyakan negara kini telah melonggarkan sekatan COVID-19 dan membolehkan orang ramai untuk menjalani kehidupan dengan lebih bebas namun dalam keadaan berjaga-jaga.

Ekoran dari itu juga aktiviti pelancongan nampaknya kembali rancak sejak beberapa bulan yang lalu walaupun ada sesetengah negara yang belum membuka pintu sempadan sepenuhnya.

Rakyat Malaysia pastinya tidak terkecuali untuk keluar melancong bersama keluarga dan rakan di dalam dan luar negara.

Salah satu negara yang mendapat perhatian dan sering dikunjungi ramai adalah di Turki. Keindahan panorama dan keunikan tinggalan sejarah di negara itu menjadi faktor utama ia menjadi lokasi pelancongan yang popular.

Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti di Cappadocia, Hagia Sophia, Pamukkale dan Ephesus. Bagaimanapun, perancangan yang rapi perlulah dilakukan terlebih dahulu sebelum berangkat ke sana bagi melancarkan perjalanan.

Bagi yang sedang merancang untuk ke sana, anda mungkin boleh mengikuti panduan yang dikongsikan oleh Detektif Kembara di bawah ini.

Panduan Merancang Lokasi Perjalanan di Turki

Ada yang terkilan bila pergi ke Turki tapi tak sempat ke lokasi-lokasi lain yang menarik sebab yang kerap dikongsikan dan dipromosikan di Turki adalah Istanbul, Cappadocia dan Pamukkale.

Tidak mengapa sekiranya tak mempunyai kesempatan semasa kali pertama sebab memang disarankan datang lagi. Agak sedikit mencabar nak mengembara ke semua tempat menarik di sini terutamanya jika ada masa yang singkat sebab Turki ni luas.

Saiznya dua kali ganda Malaysia dan ada tempat yang jalannya motorway (highway), ada juga jalan kampung dan berbukit bukau.

Nota: Panduan trip ini lebih sesuai kepada yang mempunyai masa sendiri dan bukan touch and go. Kalau nak cover sebanyak mungkin seelok-eloknya 3-4 minggu roadtrip.

First Timer
1) Ada masa <7 hari
Istanbul-Bursa-Cappadocia-Pamukkale

2) Ada masa >7 hari
Istanbul-Ephesus-Bursa-Kusadasi-Izmir-Pamukkale-Konya-Cappadocia-Ankara

Non First Timer (Seeloknya dah lebih 2 kali ke Turki)
1) Ada masa 1-2 minggu
Istanbul-Safranbulo-Mount Nemrut-Sanliurfa-Adana-Antalya-Fethiye-Marmaris

2) Ada Masa > 2 minggu
Istanbul-Safranbulo-Ordu-Trabzon-Kars-Mount Nemrut-Sanliurfa-Adana-Antalya-Fethiye-Marmaris-Bodrum

Tips

1) Boleh guna lesen memandu Malaysia
2) Elakkan memandu di bandar seperti Istanbul dan Bursa
3) Kalau nampak teksi di belakang biarkan mereka potong
4) Jaga speed limit, polis dan speed camera ada di merata-rata
5) Sewa kereta dengan syarikat yang reliable seperti Europcar, Avis, Budget dan Cizgi
6) Dekat roundabout, perlahankan dan bagi laluan kepada kereta yang dah di roundabout tu
7) Semasa di traffic light kena bersedia bila lampu hijau, kalau lambat akan kena hon

Yang nak pergi tu jangan lupa daftar HES Code dahulu. Kena daftar 72 jam sebelum departure ya. HES ni kiranya macam tracking code untuk bantu pengawalan sekiranya ada berlaku jangkitan Covid-19 di tempat kita pergi.

Sumber: Detektif Kembara

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.