Siakap Keli

Ramai Rupanya Tak Perasan, Gadis Dedah Ada ‘Food Court’ Tersorok Di KL Sentral, Sedap & Best

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Di Malaysia, memamg tidak dapat dinafikan lagi banyak tempat-tempat yang menarik dan terkenal. Antara yang menjadi tarikan ramai orang adalah tempat makan sama ada cafe, restoran atau gerai-gerai tepi jalan, asalkan sedap mesti ramai yang serbu.

Namun, mungkin ada tempat-tempat makan yang tersembunyi kerana jauh dari lalu lalang manusia. Bagaimana mereka pasarkan produk mereka?

Menerokai laman Twitter Ainur, dia kongsikan sebuah tempat makan yang tersembunyi di dalam kawasan pusat membeli belah KL Sentral. Ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Food court tersembunyi di Nu Sentral 

Balik dari ambik adik sekolah, singgah KL Sentral sebab kena tukar MRT – LRT. Sebabkan waktu tu dah petang, dan kami tak makan tengah hari lagi, kami ingat nak beli makanan dekat situ. Tapi dekat laluan utama tu, banyak fast food sahaja sampailah my mum notice this signboard.

So, kami pun naik ke tingkat 2. Kosong. Still tak nampak food court. Kami belasah lagi naik sampai tingkat 3 walaupun tak nampak orang naik. Dalam hati, saya rasa food court ni dah takde. rupanya memang ada food court tu, cuma dia tersorok.

Kredit: Twitter Ainur Adira

Bila masuk dalam food court tu, kosong sangat. Spacious and clean. Tu saya boleh describe. Ada je orang duduk makan tapi tak ramai pun kalau nak compare dengan kedai fast food kat bawah. Sangat berbeza. Ada jugak orang duduk buat kerja dekat situ sebab kosong sangat, very calming.

Kedai2 dia pun macam sendu je. Waktu kami nak beli tadi, ada sorang budak beli jugak. Lepas dia beli, dia pergi kedai sebelah pula, beli lagi. Rupanya, budak tu anak/keluarga peniaga dekat situ jugak.

Kredit: Ainur Adira
Kredit: Ainur Adira

Dan, masa kami masuk, dari jauh lagi peniaga-peniaga tu akan, “selamat datang,”, “mari beli,” Like, they’re desperately need customer. 

Dekat situ, ada masakan melayu, jual nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu (both nasi dagang and kerabu are being imported from Kelantan) dan pulut kuning. I’ve tasted their nasi lemak and pulut kuning. Sedap. Ada Sizzling, Thai Cuisine, Mee Kari etc (tak sempat nak snap semua). 

Harga standard la kalau pergi tempat tourism kan. Pricey la sikit but at least I’ve got nasi instead of fast food hehe senang cerita, harga dia sama macam fast food but mengenyangkan.

I know orang duduk KL Sentral bukan nak berlama sebab nak kejar naik tren/bas lagi so logik la kalau nak makan fast food tapi for me, this is quite unfair.

Fast food semua dekat laluan utama tu, keluar tren terus nampak fast food. But our local food tersorok dekat tingkat 3. Signboard apa pun takde. Harap ke signboard dekat tepi escalator tu je.

So hopefully kalau korang ada singgah KL Sentral and have a lot of time to walk around, please support the food court! Support local food!

Apparently, food court ni baru dibuka semula. Tapi okey la kan, at least pekerja area situ dah tahu tempat ni dah dibuka semula.

Go support them! And support other local businesses too!

Sumber: Twitter Ainur Adira

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.