Siakap Keli
Gambar: Haramain Sharafain & via Google

Selalu Dengar Suara Merdu Mengalun Bacaan Quran, Kenali 9 Imam Masjidil Haram Ini

Masjid merupakan tempat ibadah umat muslim yang paling mulia. Umum mengetahui, masjid yang paling istimewa terletak di Arab Saudi iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Sebut sahaja mengenai Masjidil Haram sudah pasti ramai antara anda yang sudah tahu. Mana taknya Masjidil Haram ini merupakan masjid terpenting bagi umat Islam kerana sejarah dan peranannya terhadap umat Islam yang berada di seluruh dunia.

Masjid yang tersergam indah ini terletak di Kota Makkah dan dibina mengelilingi Kaabah, iaitu kiblat buat umat Islam apabila mengerjakan solat. Masjidil Haram ini dijaga dengan sangat ketat dan bukan sebarangan orang boleh masuk.

Bahkan imam yang dipilih juga sangat istimewa. Apa yang penting imam tersebut perlulah menghafal Al-Quran. Tetapi jika sebut tentang imam Masjidil Haram, mungkin kebanyakan antara anda masih tidak mengenali mereka.

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Selama ni kita hanya dengar suara merdu mereka di corong radio mahupun speaker je kan? Apalah salahnya kali ini kita mengenali imam-imam ini dengan lebih dalam lagi.

Oleh itu, jom ikuti perkongsian di laman Haramain Sharifain yang menunjukkan senarai imam-imam di Masjidil Haram.

1) Sheikh Yasir Al Dossary

Gambar: Haramain Sharifain

Sheikh Dr Yasir bin Rashid bin Hussein Al-Wadani Al-Dossary merupakan seorang qari terkenal dalam dunia Islam. Beliau merupakan Imam di Masjidil Haram, Makkah.

Beliau dilahirkan pada tahun 1980. Imam ini sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan berserta dua orang anak lelaki.

Menurut Haramain Sharifain beliau mula ditugaskan sebagai imam tetap di Masjidil Haram pada 1441 (kalendar hijrah) iaitu pada tahun 2020.

Tetapi sebelum beliau dilantik sebagai imam tetap di sana beliau juga pernah ditugaskan untuk menjadi imam pada bulan Ramadan 1436 iaitu pada tahun 2015.

2) Sheikh Usaamah Khayyat

Gambar: Haramain Sharifain

Syeikh Usaamah Khayyat. Nama penuh beliau ialah Usaamah bin Abdullah bin Abdul Ghani Khayyat. Imam ini dilahirkan di Makkah, Arab Saudi pada tahun 1956.

Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1977 dan memperoleh Ijazah Sarjana dan PhD dari Universiti Umm Al Qura, Makkah pada tahun 1982 dan 1988 masing-masing.

Beliau dilantik sebagai Imam di Masjid Al Haram pada tahun 1997 selepas mendapat perkenan Raja Fahad Bin Abdulaziz Al Saud (RahimiAllah).

Dalam pada itu ayahnya Sheikh Abdullah Khayyat juga pernah berkhidmat sebagai Imam dan khatib Masjid Al Haram.

3) Sheikh Faisal Ghazzawi

Gambar: Haramain Sharifain

Nama penuh imam ini ialah Faisal bin Jameel bin Hasan Al Ghazzawi. Beliau juga merupakan antara imam yang lahir di kota Makkah pada tahun 1965.

Beliau dilantik sebagai Imam di Masjid Al Haram pada 2008 dan sebagai khatib pada tahun 2016. Kini beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden Fakulti Tilawah Al-Quran di Universiti Umm Al Qura, Makkah.

4) Sheikh Bandar Baleelah

Gambar: Haramain Sharifain

Sheikh Bandar bin Abdulaziz bin Siraj bin Abdul Malik Baleelah dilahirkan di Makkah, Arab Saudi pada tahun 1975. Beliau telah dilantik sebagai Imam Tamu untuk memimpin Tarawih di Masjid Al Haram pada Ramadan 2013.

Kemudiannya, Sheikh Baleelah dilantik sebagai khatib Masjid Al Haram pada Oktober 2019 melalui titah diraja Pada tahun 2020, Syeikh Baleelah telah dilantik sebagai ahli Majlis Ulama Kanan melalui Dekri diraja.

Pada tahun 2021, beliau sekali lagi dilantik sebagai khatib haji 1442 melalui titah diraja.

5) Sheikh Saleh Al Humaid

Gambar: Haramain Sharifain

Saleh bin Abdullah bin Muhammad Al Humaid dilahirkan pada tahun 1950 di kota Buraydah, Arab Saudi. Dia dilaporkan menghafal Al-Quran seawal usia sekitar umur 20 tahun.

Mendapat pendidikan awal di Buraydah, beliau menamatkan pengajian dari Universiti Umm Al Qurra, Makkah pada tahun 1975.

Beliau telah dilantik sebagai imam di Masjid Al Haram pada tahun 1983 iaitu semasa berusia 33 tahun.

Menurut laporan beliau juga merupakan seorang profesor dan pentadbir Fakulti Ulama di Universiti Umm Al Qurra dan ahli majlis ulama kanan. Beliau juga merupakan penasihat kepada Mahkamah Diraja Arab Saudi.

6) Sheikh Abdullah Awad Al Juhany

Gambar: Haramain Sharifain

Syeikh Abdullah Awad Al Juhany adalah imam ‘bongsu’ di antara semua Imam di Masjid Al Haram dan dilahirkan pada tahun 1976, di kota Madinah, Arab Saudi. Beliau menghabiskan hafazan al-Quran pada usia yang sangat muda.

Pada usia yang sangat muda juga beliau menyertai pertandingan tilawah al-Quran yang diadakan di Masjid Al Haram setiap tahun dan memenangi hadiah pertama.

Syeikh Abdullah dilaporkan mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Kedua-dua anak lelakinya masih kecil dan sedang menghafal Al-Quran.

Memandangkan beliau berasal dari latar belakang yang sangat beragama, ibu bapanya mahu beliau berjaya dalam bidang tersebut.

Disebabkan itu beliau mendapat pendidikan dari Universiti Umm Al Qurra, dan memperoleh Ijazah PhD dalam Syariah Islam dan Tilawah Al-Quran. Justeru ia menjadikan beliau antara yang paling muda mendapat ijazah PhD dari Universiti Umm Al Qura.

Imam Masjidil Haram yang dilantik pada usia yang sangat muda

1) Sheikh Abdul Rehman Al Sudais

Gambar: Haramain Sharifain

Menurut pathofex, beliau telah dilantik pada usia yang sangat muda iaitu 22 tahun. Sheikh Sudais dilahirkan pada 1961. Beliau telah menghafal Al-Quran di bawah pengawasan Sheikh Abdul Rehman Al Firyan. Beliau melaksanakan khutbah pertamanya di Masjidil Haram pada Julai 1984.

2) Sheikh Maher Al Muaiqly

Gambar via Google

Syeikh Dr. Maher juga dilahirkan di Kota Madinah pada tahun 1969. Beliau dilaporkan sangat berminat dengan matapelajaran Matematik sejak daripada kecil.

Tujuan beliau berhijrah ke Makkah pada awalnya adalah untuk melanjutkan pengajaran sarjana pertamanya dalam bidang agama. Beliau dilantik sebagai imam tetap selepas memegang jawatan sebagai imam tarawih di Masjidil Haram pada tahun 2007.

3) Sheikh Saud Al Shuraim

Gambar: Haramain Sharifain

Syeikh Saud Al Shuraim dilahirkan di kota Riyadh. Beliau mula menghafaz Al-Quran pada penghujung sekolah menengahnya.

Pada 1992 beliau mula menjadi imam solat tarawih di Masjidil Haram. Sejak daripada itu beliau telah menjadi imam secara tetap.

Dalam salah satu temu bual Arab beliau pernah ditanya tentang “Apa rahsia di sebalik kejayaan anda?”.

Beliau menjawab bahawa doa ibunya dan sokongan isterinya adalah sebab dia berterusan kejayaan.

Bekas Imam Masjid Al Haram, Makkah

1) Sheikh Khalid Al Ghamdi

Gambar: Haramain Sharifain

Sheikh Khalid Al Ghamdi dilahirkan di Makkah, Arab Saudi tetapi tarikh kelahirannya tidak diketahui. Menurut banyak sumber, beliau sentiasa bermimpi besar.

Beliau adalah seorang imam di sebuah masjid kecil di Makkah. Sheikh Khalid dilantik sebagai imam tetap pada tahun 2008 ketika beliau mengimamkan solat Zohor.

Semasa solat Isyak suaranya mula bergema di sekitar Masjidil Haram, turut dikatakan beliau mengalunkan bacaan al-Quran dengan nada yang sebak mendayu.

Sheikh Khalid menyampaikan Khutbah pertamanya di Masjid Al Haram pada 4 September 2015. Beliau telah bersara sebagai imam dan khatib Masjid Al Haram pada September 2018.

2) Sheikh Saleh Al Talib

Gambar via Google

Sheikh Saleh Al Talib dilahirkan di Riyadh Arab Saudi pada tahun 1974. Beliau mula dilantik sebagai imam dan khatib Masjidil Haram pada tahun 2003.

Maklumat mengenai beliau adalah sangat sikit. Hal ini berikutan kerana, beliau tidak suka untuk dipuji. Beliau juga kurang memberikan maklumat mengenai dirinya.

Syekh Talib kebiasaannya akan mengimamkan solat Isyak di Masjidil Haram.

Pada Julai 2018 beliau telah bersara sebagai imam dan khatib selepas memimpin solat akhir pada 13 Julai 2018.

Sumber: Haramain Sharifain, pathofex

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.