Kalau nak berjalan jauh atau dekat, benda pertama yang kita risau adalah masalah brek kereta kan? Ye lah, brek kereta merupakan komponen paling penting yang berfungsi untuk mengawal, memperlahankan dan memberhentikan kenderaan,
Namun, bagi sesetengah orang anggap ia bukan masalah besar. Tetapi selalu yang dianggap bukan masalah besar lah akan mendatangkan bahaya kepada pemilik kenderaan.
Sudah berapa banyak kita dengar tentang kemalangan ngeri di jalan raya disebabkan brek kenderaan tidak berfungsi. Jadi, bagi mengelak keadaan lebih serius berlaku, laman Twitter Carput berkongsi beberapa langkah penting jika brek kenderaan anda tidak berfungsi semasa di atas jalan raya.
Jom ikut langkah di bawah.
Step 1: Hidupkan hazard light & hon
Kita nak tarik perhatian driver sekeliling supaya mereka ‘aware’ yang kereta kita ada masalah. Jadi yang ada ruang, mungkin boleh elak atau beri laluan.
Step 2: Turunkan gear
Kalau kereta korang manual/ada paddle shift, turunkan gear untuk aktifkan ‘engine braking’.
Step 3: Tarik handbrake
Tarik handbrake secara perlahan, jangan terus tarik habis. Karang tak memasal kereta berpusinf hilang kawalan.
Step 4: Memandu atas tanah / gesel rel jalan
Andai kata jarak dah dekat, cuba pandu sebelah kereta atas tanah atau rumput untuk perlahankan kenderaan. Tak cukup juga, gesel pada rel tepi highway. Nyawa anda dan penumpang adalah keutamaan, bukan kereta.
Bukan apa, benda macamni sangat random. Boleh berlaku pada sesiapa bila-bila masa sahaja. Jadi penting untuk kita tahu tips sebegini, setidaknya andai terjadi, kita tahu nak buat apa.
Sumber: Carput