Tular di media sosial, seorang lelaki berkongsi pengalaman uniknya ketika mencari tempat solat di Tokyo. Pengalaman itu diabadikan melalui video dan dimuat naik di rangkaian media sosial TikTok menerusi akaun @hariwibowo26 pada Selasa 15 Februari 2022.
Pada awalnya, lelaki itu membalas komen netizen yang menunggu video tentang pusat hiburan yang terdapat di Tokyo. Bagaimanapun, dia membalas komen tersebut dengan memuat naik video mereka sedang mencari masjid di Tokyo.
Rakaman video tersebut menunjukkan cahaya gemerlapan bangunan tempat hiburan pada waktu malam di kawasan ibu kota Jepun.
Difahamkan, lelaki itu dan rakannya ingin ke masjid untuk bersolat. Namun tanpa diduga, mereka telah sesat dan menemui sebuah kelab malam. Lokasi masjid itu rupanya bersebelahan dengan kelab malam.
“Nak ke masjid di Tokyo, malah sesat ke kelab malam,” tulis lelaki itu dalam video seperti dikutip Beritahits.id, Rabu (16/02/2022).
Dalam video yang pada mulanya menunjukkan kelipan tempat hiburan, lelaki tersebut kemudian menunjukkan sebuah lorong kecil menuju ke masjid.
Apa yang lebih menarik, masjid itu betul-betul terletak di lorong yang berhampiran kelab malam. Dia dan seorang lagi rakannya mengaku bahawa mereka keliru apabila menemui lokasi masjid berkenaan.
“Ternyata masjid itu sebenarnya ada di sini, kawan-kawan. Kami keliru,” katanya.
Mereka pun beratur untuk memasuki masjid yang terletak di lorong yang agak kecil.
“Masjid itu kecil, tetapi alhamdulillah ada masjid,” kata lelaki itu.
Pada umumnya, masjid ini kelihatan seperti masjid dengan corak hijau dan putih. Masjid ini diberi nama Masjid Al Ikhlas.
Dalam satu lagi video yang dimuat naik, beliau turut mendedahkan bahawa nama masjid itu sama seperti nama sebuah masjid di Indonesia.
Masjid ini mempunyai 3 tingkat, di mana tingkat satu dijadikan tempat berwuduk, ruang tamu dan papan kenyataan. Manakala, tingkat 2 digunakan untuk solat bagi wanita dan tingkat 3 untuk lelaki.
Sama seperti masjid di Indonesia, azan berkumandang tetapi suaranya tidak kedengaran di luar masjid.
@hariwibowo26 Reply to @bilingiual habis dari masjid enaknya kemana ya?? Masjid Al-Ikhlas
Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 27 saat itu telah mendapat sebanyak 1.6 juta tontonan dan sebanyak 244.3k tanda suka. Warganet turut meninggalkan komen di video tersebut.
Sumber: BeritaHits.Id, TikTok