Masih ada segelintir orang yang menganggap bahawa keguguran janin tidak perlu dikebumikan. Sebenarnya ia haruslah dikebumikan mengikut proses-proses tertentu
Keguguran adalah kehilangan janin sebelum masuk minggu ke-20 kehamilan. Kejadian ini merupakan perkara yang biasa berlaku dalam kalangan wanita hamil disebabkan punca tertentu.
Menurut Mufti WP, jika janin yang gugur itu sudah memiliki bentuk manusia, dan bergerak-gerak, lalu mati maka hendaklah dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan.
Jika tidak bergerak, maka wajib dimandikan, dikafankan, tidak disolatkan dan dikebumikan. Ini kerana tidak ada dalil bahawa anak itu sudah hidup.
Namun demikian, masih ada ibu bapa yang mungkin masih takut atau tidak tahu cara untuk melaksanakan proses-proses pengebumian janin itu sendiri.
Anda tidak perlu khuatir kerana Mr Wan Cai Official menerusi laman Facebook mereka ada berkongsikan cara bagaimana untuk menguruskan janin yang keguguran dalam kandungan.
Semoga bermanfaat!
Janin 15 Minggu Keguguran Dalam Kandungan
Pesanan buat insan yang bergelar ibu dan bapa.
Mohon simpan perkongsian ilmu ini baik².
Mungkin anda memerlukannya satu hari nanti.
Cara pengurusan janin boleh anda lakukan sendiri.
Tidak perlu mengupah jurumandi lain untuk menguruskan janin yang keguguran.
Lakukan sendiri adalah lebih baik.
Jika tiada peralatan seperti serbuk cendana, kapur barus, air mawar tidak mengapa.
Jika ada peralatan seperti yang saya nyatakan diatas itu lebih baik.
Begitu juga dengan kain kafan dan kapas.
Sekiranya tiada boleh sahaja gunakan kain batik.
Boleh juga mengkafankan dengan kain-kain yang tidak bercorak.
Sempurnakan janin kalian sama seperti yang dilakukan di dalam rakaman video yang dikongsikan.
Yakinkan hati bahawasanya anda mampu menguruskan janin atau bayi kalian sendiri.
Jangan punya rasa takut.
Jika janin yang gugur itu sudah memiliki bentuk manusia dan bergerak lalu mati.
Maka hendaklah disempurnakan mandi, kafan, disolatkan dan dikebumikan.
Jika tidak bergerak maka wajib dimandikan,dikafankan tidak disolatkan dan dikebumikan.
Ini kerana tidak ada dalil bahawa anak itu sudah hidup.
Janin yang gugur dalam keadaan tidak mengeluarkan suara.
Yakni tidak diketahui tanda hidupnya dan tidak jelas rupa bentuknya seperti manusia.
Tidak boleh untuk disolatkan ke atasnya dan tidak wajib memandikannya.
Sunat pula menutupinya dengan kain dan mengebumikannya.
Semoga bermanfaat.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan itu, merupakan anak syurga yang diberi nama Mohammad Anisul Haque. Anak kecil itu telah selamat dikebumikan.
Alhamdulillah!
Sumber: FB Mr Wan Cai Official