Siakap Keli

Viral Rakaman Kereta Terbakar Di Perlis, Lelaki Badan Terbakar Hampir 80 Peratus Berjaya Dikeluarkan Orang Awam

Seorang lelaki melecur hampir seluruh badan selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan sebelum terbakar di Jalan Syed Omar malam tadi.

Menurut laporan Bomba Perlis memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan sekitar jam 8.49 malam. Sejurus tiba di tempat kejadian, mereka mendapati sebuah kereta Produa Axia hampir hangus dijilat api.

Menerusi satu video yang dikongsikan di laman Facebook mendapati seorang lelaki yang terbakar hampir 80 peratus namun berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

Pasukan bomba bertindak memadamkan api dan mangsa kebakaran telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Bagaimanapun, kes masih dalam siasatan.

Sumber: Bomba Perlis, Kosmo

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.