Tidak dinafikan, impian setiap orang Muslim adalah untuk sampai ke Tanah Suci Makkah. Tetapi banyak persoalan terlintas diminda salah satunya “layakkah aku menjadi tetamu Allah SWT?”.
Kita seronok dengar pengalaman orang yang pergi mengerjakan ibadah umrah dan haji. Pengalaman berada di sana tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.
Seperti mana pengalaman seorang ustaz mutawif ini menceritakan satu ‘keajaiban’ berlaku pada dirinya dan jemaah lain semasa menunaikan ibadah umrah di Makkah.
Kat Makkah satu benda yang Abang notis adalah tenaga. Tak tau mana datang tenaga pada jemaah. Padahal setiap pagi bangun pukul 3-4 pagi untuk bersiap-siap Subuh.
Lepas Subuh, balik hotel breakfast. Lepas breakfast, siap-siap nak ke kuliah Dhuha, program pengisian ilmu, ada yang keluar untuk ziarah dan miqat umrah.
Balik dari miqat, terus buat umrah untuk 2-3 jam. Bertawaf 7 pusingan, saie 7 kali. By the time umrah habis, balik hotel mandi, siap-siap, ke masjid untuk Asar. Dari Asar sampai isyak memang di masjid terus.
Balik dari isyak, ada pula Table Talk dengan Mutawif Rare. Lepas tu kadang-kadang tu ada yang rajin buat umrah lagi sampai 12.30-1am. Pukul 3am dah bangun nak ke masjid untuk Subuh semula.
Allahuarabbi.
Mana datang tenaga?
Kalau nak ikutkan hati memang penat, tapi alhamdulillah Allah pinjamkan kekuatan untuk sentiasa ada tenaga nak buat ibadah. Sebab tu agaknya selama ni ada yang bercerita sebelum pi Makkah sakit-sakit lutut. Sampai sana, sihat belaka.
“Tenaga yang Allah bagi pinjam ni memang betul-betul buat Abang insaf kejap.”
Kita ni kalau kat rumah tu pantang terletak je kepala terus padam. Asal terletak je kepala, padam. Macamkan penat sangat. Tapi kat Makkah, tido sehari dapat 2-3 jam pun dah lega padahal hari-hari jalan berbatu-batu.
Itulah pengalaman yang ramai akan terkenang-kenangkan. Mana mai tenaga dan kekuatan tu semua?
Bagi Abang, bila kita berbuat dengan minat dan kemahuan yang kuat untuk dekatkan diri kepada Allah — pasti kita sanggup redah segala susah dan payah nak dapatkan janji syurgaNya.
Motivasi ketika tu adalah penyucian diri. Nak bersihkan segala dosa yang di bawa. Dari kecil sampai dewasa, semuanya nak disental. Nak balik ibarat bayi yang baru lahir. Mengharapkan umrah yang mabrur dan maqbul.
Lagi seronok kalau di sana kita dapat fahami kenapa kita diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah melalui lapahan dan penjelasan ayat-ayat Quran yang dibedah setiap hari. Untuk apa kita hadir sebagai tetamuNya. Waktu tu kita akan mula mencari diri dalam jutaan manusia yang datang ke Baitullah.
Bila dah berada di sana dalam keadaan bersedia nak memenuhi undangan Dia, barulah betul-betul terkesan kat hati.
Abang selalu pesan kat jemaah “Kita adalah tetamu Allah. Kita semua dalam perjalanan ke rumahNya, jadi kita kena bagitau Dia kita nak datang ni.
Caranya, Labbaika Allah, Labbaika Allah (Aku datang Ya Allah. Aku datang Ya Allah)”
Tak boleh nak digambar apa yang dirasa bila diri sendiri yang ucap talbiah, memang serta-merta bergenang airmata. Terbayang banyak betul buat dosa.
Pastu nak ke rumah Dia dengan bawak dosa menggunung? Ya Allah, zalimnya kita dengan diri sendiri.
Cuma dalam pada dok seronok nak buat umrah dan ibadah kita kena sentiasa beringat. Dalam kita bersemangat mengejar amal dan pahala berlipat-lipat. Jangan sampai kita pula zalim pada orang lain.
Abang pernah dengar satu ceramah.
Ustaz tu kata, bersolat sunat ni bagus. Tapi kalau bersolat depan pintu masjid sampai halang orang keluar masuk tu dah tak bagus.
Berwirid tu bagus, tapi kalau berwirid lama-lama dalam surau yang sempit sedangkan di luar ramai yang menunggu giliran untuk bersolat, itu dah tak bagus.
Jadi, agak-agak lah ya.
Ingatan untuk diri sendiri juga.
Salam Jumaat,
Sumber: Shauqi Hasan