Siakap Keli
Gambar: Polis Daerah Johor Bahru Utara

Padah Buat Aksi ‘Wheelie’ Sambil Bawa Anak, Lelaki Ditahan Polis

Tindakan seorang lelaki berusia 20-an melakukan aksi ‘wheelie’ ketika menunggang motosikal bersama anak perempuannya membawa padah apabila dia ditahan polis. Kejadian dipercayai berlaku di Taman Impian Emas, Skudai, di sini.

Memetik laporan daripada Kenyataan Media Ketua Polis Johor Bahru Utara, aksi tersebut telah dirakamkan sendiri oleh suspek dengan menggunakan telefon bimbitnya melalui pertolongan rakannya sebelum dimuat naik ke akaun Facebook miliknya.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara lagi, sebanyak tiga saman telah dikeluarkan mengikut Seksyen 14, Seksyen 15(1)(A) Akta Jalan dan Pengangkutan 1987 dan Seksyen PU(A)043/73-004 kerana tidak memakai peralatan keselamatan.

Sementara itu, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Jalan dan Pengangkutan 1987 kerana memandu secara melulu.

Oleh itu, pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak memandu kenderaan serta melakukan aksi-aksi yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.