Siakap Keli
Gambar : Facebook Lily's Kingdom

(Video) Ingat Bergaduh Sampai Berdarah Kepala, Rupanya Ini Cara Flamingo Menyusukan Anak

Sudah menjadi lumrah alam bahawa bayi mendapatkan sumber makanan daripada susu ibu. Sama juga seperti haiwan, sebelum matang, si anak hanya bergantung kepada ibu untuk mendapatkan makanan.

Namun, terdapat satu fakta menarik mengenai flamingo telah berjaya menarik perhatian warganet selepas video tersebut tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan seekor flamingo seolah-olah sedang mematuk kepala flamingo yang lain sampai terkeluar darah.

Dalam pada masa yang sama, ternampak seekor lagi flamingo yang bersaiz kecil sedang mendongak dan meminum darah tersebut.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa kejadian tersebut bukanlah sebab mereka bergaduh ataupun membuli.

Ini merupaka fenomena alam yang berlaku dalam ekosistem flamingo untuk memberi makanan kepada anaknya.

Darah yang mengalir dari kepala tersebut sebenarnya merupakan bekalan susu untuk memberi makan kepada anak-anak mereka selepas menghasilkannya dalam saluran pencernaan burung itu.

Nampak seakan pelik, tetapi susu tersebut akan dirembes daripada lapisan tanaman induk burung dan kemudiannya dimuntahkan kepada anak burung.

“Flamingo ini cuba memberi anak merah. Induk flamingo menghasilkan susu dalam saluran penghadaman dan memuntahkannya untuk memeri makan kepada anak-anak burung,” jelas dalam kapsyen Facebook tersebut.

Susu merah merupakan rembesan yang dihasilkan daripada lapisan tanaman induk burung.

Sebahagiannya adalah daripada saluran pencernaan yang berdinding nipis di mana makanan disimpan sebelum dicernakan.

Susu yang dihasilkan situ kaya dengan lemak, protein dan sel darah merah dan putih yang jelas merujuk kepada warna susu dihasilkan.

Sumber : Facebook Lily’s Kingdom, India Express

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.