Siakap Keli

(Video ) Mak Ayah Bawa Anak 1 Tahun Daki Gunung Himalaya, Keletah Anaknya Buat Ramai Teruja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebut sahaja tentang ‘hiking’ atau mendaki gunung pasti ramai yang teruja terutamanya bila mendaki di negara orang. Tidak dinafikan, aktiviti mendaki ini sangat popular dalam kalangan belia dan remaja.

Jadi lebih seronok bila mendaki bersama rakan-rakan dan ahli keluarga tercinta sambil menikmati keindahan alam yang paling penting dalam bergambar dengan latar belakang yang sangat indah.

Namun, setiap pendaki perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana cabaran mendaki berbeza-beza terutamanya apabila mendaki bersama anak kecil.

Seperti perkongsian daripada laman Tiktok, Artchanali yang berkongsi pengalaman mendaki gunung Himalaya pada musim sejuk bersama anaknya yang ketika itu berusia 1 tahun.

Ramai yang tertanya-tanya keadaan anaknya semasa mereka mendaki naik ke gunung tersebut. Antara soalan yang sering ditanya seperti ini;

“Wey! Anak kau tak menangis ke masa naik gunung?”

Jawabnya, anak kecil di mana-mana pun menangis sebab itu ‘bahasa’ dia. Tambahnya lagi, pelbagai cabaran yang dia dan isteri lalui tetapi dia anggap itu adalah pengalaman dan kenangan terindah.

Pada masa yang sama, ketika itu anaknya masih minum susu ibunya, itu adalah cabaran terbesar buat mereka pasangan suami isteri. Namun, kecekalan si ibu tetap memberikan ‘titisan emas’ yang terbaik untuk anaknya ketika dalam cuaca yang sangat sejuk.

Menerusi video tersebut, anak kecil ini sangat teruja dan kuat semasa mendaki gunung tersebut.

@artchanali

Wey! Anak kau tak menangis ke masa naik gunung? Baby kat mana2 pun menangis bro! Dah tu bahasa dia 😂😂 #fyp #fypage #fypシ #fypシ゚viral

♬ Perfect – Ed Sheeran

Jangan tengok tapi lihat, jangan pandang tapi rasa!

@artchanali

Jangan tengok tapi lihat, jangan pandang tapi rasa! #fyp #fypage #fypシ #Caltexunstoppablestar @fatinnabeela

♬ The Nights – Avicii

Sumber: Artchanali

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.