Saban hari ada sahaja berita tentang kemalangan ngeri yang berlaku di dalam dan luar negara. Walaupun, kita berhati-hati sewaktu berada di kawasan jalan raya, namun ada sahaja insiden yang berlaku berpunca dari kecuaian sesetengah pihak.
Seperti satu rakaman yang berlaku di luar negara, memaparkan detik cemas penduduk kawasan sekitar apabila sebuah premis dihentam badan lori yang dipercayai membawa konkrit.
Difahamkan menerusi video itu, seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berada di dalam premis tersebut semasa badan belakang lori meluncur laju menghentam.
Mujur mereka berdua sempat selamatkan diri dengan berlari ke belakang premis tersebut.
Bagaimanapun, tiada laporan tragedi ini berlaku di mana.
https://www.facebook.com/watch/?v=289733703258247
Sumber: Kosmo