Siakap Keli

(Video) Seram, Abang Ni Rakam Kelibat ‘Penumpang’ Sebelah Tengah Teman Memandu

Memandu seorang diri boleh jadi membosankan, tambahan pula jika menempuh perjalanan jarak jauh seperti outstation untuk urusan kerja.

Maka tak hairanlah kalau sesetengah daripada kita memilih untuk bawa teman jika memandu jarak jauh. Sambil-sambil buat teman berbual, boleh jugak tolong tengok-tengokkan jalan.

Tapi lain pula ceritanya dengan lelaki yang dikenali sebagai Jai Zalani ini. Siapa sangka perjalanan outstation solonya kali ini ‘ditemani’ tetamu tak diundang.

Melalui laman Facebook miliknya, lelaki ini memuatnaik video dirinya yang dikatakan ‘ditemani’ satu sosok misteri di sebelah semasa memandu di lebuh raya seorang diri.

“Ada siapa-siapa ‘tertinggal’ sahabat tak atas highway? Duk ada dengan kita ni. Dah baca macam-macam doa dah tak jalan jugak,” kata perakam sambil menghala kamera ke arah sosok berkenaan.

https://www.facebook.com/jai.zalani.56/posts/1469965240065375

Gentle abang ni”

Menjengah ke ruangan komen, warganet turut meremang pada masa yang sama kagum dengan keberanian lelaki ini yang boleh relax lagi rakam sosok berkenaan walaupun dah ada betul-betul kat sebelah.

Agak-agak apa reaksi korang kalau ada yang ‘menumpang’ masa memandu soarng-sorang? Ada tak relax macam lelaki ni?

Sumber: Facebook Jai Zalani

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.