Siakap Keli
Gambar: The Today Show

Aktres Hollywood, Lindsey Pearlman Ditemui Mati Selepas Beberapa Hari Dilaporkan Hilang

Aktres Tv Amerika Syarikat, Lindsey Pearlman dipercayai telah ditemui meninggal dunia di Los Angeles pada Jumaat, beberapa hari selepas dia dilaporkan hilang, lapor CNN.

Menurut Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), aktres yang berusia 43 itu itu ditemui sekitar pukul 8.30 pagi waktu tempatan.

“Pegawai Kawasan Hollywood telah menjawab panggilan radio untuk siasatan kematian di Franklin Avenua dan North Sierra Bonita Avenue pada 8.30 pagi hari ini.

“Pejabat Koroner Daerah LA telah mengesahkan individu itu ialah Lindsey Erin Pearlman,” kata LAPD dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kematian itu tidak didedahkan.

Terdahulu, keluarga dan rakan-rakan Pearlman telah melaporkan mengenai kehilangannya dan meminta bantuan orang ramai untuk mencarinya selepas tidak pulang ke rumah pada 13 Februari lalu.

Pihak polis berkata dia kali terakhir dilihat di Hollywood iaitu beberapa batu dari tempat mayatnya ditemui.

Pearlman telah membintangi banyak siri Tv popular di negara itu seperti “Chicago Justice”, “Empire”, “Selena: The Series”, “American Housewife”, “Sneaky Pete” dan “General Hospital”.

Sumber: CNN

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.